salam kembali..

grrrrr dah seram sejuk ni nak demam ke?pegang sendi tak pulak sakit atau panas..cek temperature masih ditahap normal..wokeh lagi ni.Hari ni dah ada 6 kes Chikungunya-like fever yang mama dah tengok…harap harap cik Aedes tak der ronda ronda dalam klinik mama buat masa ni.Mana ler tau kot dia landing hisap darah atas patient yang tengah demam tu,pastu cik Aedes ini mai dok suntik kat mama plak…huish jangan ler gitu…

Hari hari dah suruh staff spray ubat nyamuk setiap sebelum/selesai sessi klinik..tapi kadang cik Aedes ni pun pandai gak nyorok dalam tempat tempat gelap tu..Nauzubillah …pussh kanan pussh kiri..minta dijauhkan.

Oh ya semalam janji nak pegi melawat pameran MAHA 2008 tapi tak kesampaian..terkilan ler tak dapat lalu bawah  pohon labu atau petola seperti mana yang mama tengok dalam tv masa PakLah rasmikan tempohari.Lagipun kata mereka kereta takleh parking dekat ..nak kena naik bas yang di sediakan..alamak tu yang tak best tu.Aapakah semangat nak berkebun  mungkin akan menurun skit lepas ni ?

Along mungkin dah landing kat Kota Bharu sekarang ni…mission nya dan kengkawan nak buat Perhimpunan Perdana Pelajar PPIM diharap berjalan lancar..Semalam mama bawakan rendang kicap ayam feberetnya dan rendang udang galah kegemaran kengkawannya berserta nasi satu bekas besar untuk dikongsi semua yang ada…cuma tak sempat nak buat serawa kuah durian dengan pulut lemak..kalau tidak tentu sendawa durian Along dalam kapalterbang hari ni..ehehhee.Lain kali yer.

Balik semalam keletihan ..mujur topik pendedahan surat ASP Mior Fahim yang membuat pendedahan berani dalam surat akuan sumpah seperti yang tertera di Website Bakaq Penarik Beca menjadi perbualan hangat dengan abah..dapat hilangkan mengantuk dalam perjalanan pulang..Apakah benar tindakkan ‘mereka’ dikuasai oleh orang orang tertentu?..