OOOOO…please kalau ada yang kata kes Chikungunya dah tak ada di daerah ini tolong baca artikel mama ni:Mama tau memang susah nak isolate virusnya sebab bukan semua patient setuju darahnya di ambil, bila dah ambil darah pulak sukar nak dapatkan tranport mediumnya tapi kalau dah simptom dan tanda klinikalnya sebijik camtu camna kita nak mengatakannya bukan…Mama rasa cam pitam bila depa kata dah nak tutup bilik gerakan… dah tak ada kes…camna gitu?Yang mama dok notify hari hari tu depa rejek ka?..Yang mama rujuk ke spital tu patient kata doktor ambik darah test untuk denggi pastu suruh patient balik sebab bukan denggi.(patutnya test untuk CHIKV).pastu patient kornar mai sini balik kat mama ambik rawatan..saudara mara mereka yang sakit dah takmau pi spital lagi.Pihak di sana ambik darah pastu bagi vitamin suruh balik..kata patient la..walaupun ubat untuk bunuh virus tu memang tak ada..ubat sakit sendi dan ubat untuk ruam kan ada?Walaupun mama boleh gumbira dapat ramai patient tapi mama lebih concern dengan merebaknya dan kesiankan mangsa yang terlibat..mengganggu pendapatan mereka..banyak bil medical feesnya bulan ni dengan tiba tiba..kesian tengok yang mengaduh sakit terbaring bergelimpangan di rumah bila orang lain seronok gembira plan nak pergi bercuti musim cuti sekolah ni..

Demam-like Chikungunya Fever

Kes 1

Makcik A, 62 tahun dari Kg Klah Baru,Sungkai terpaksa berkerusi roda tak boleh berjalan setelah diserang sakit sendi dan demam tiba-tiba sejak 3hari lalu.Walaupun demamnya dah tiada tetapi sakit sendi dan ruam merah penuh satu badan pada hari ini membimbangkannya.Makcik yang aktif berpesatuan di kampungnya terpaksa berbaring di rumah sejak diserang demam dan sakit sendi ini.Terpaksa dipapah turun dari kereta tak berdaya berjalan sendiri.

Pemeriksaan fizikalnya kelihatan lemah tak bermaya, lidah kering berwarna keputihan = dehidrasi.Suhu badan 37.5 C..Matanya kemerahan.

Seluruh badan penuh dengan ruam merah macular popular.Sendi sendi lutut dan pergelangan tangan bengkak dan sakit serta panas bila dipegang.

Melihat keadaannya makcik yang nampak tak bermaya mama nasihatkan dia dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.Tanpa membantah dia bersetuju lemah.

Kes 2

Pakcik I,65 tahun dari Kg Menderang,Sungkai ,penoreh getah terpaksa dipapah isterinya masuk ke klinik.Berdengkut dengkut dia berjalan sejak seminggu yang lalu.Demam sudah kebah ,ruam sudah habis hilang tapi sakit sendi dan lemah badan masih melumpuhkan pergerakkannya.Walaupun pada usia begini badan dan otot dilengannya masih pejal menandakan kuatnya dia berkerja sebelum ini tapi virus Chikungunya dari genus Alphavirus, keluarga Togaviridae telah mengambil kederatnya.

“Dah seminggu tak menoreh” katanya.”Lepas ni anak pakcik pulak nak masuk” sebelum dipapah keluar oleh isterinya.

Kes 3

Remaja Z,20 tahun,anak pakcik I tadi yang tinggal serumah .. juga di serang demam dan sakit sendi sendi sejak 2 hari yang lalu.Matanya dan mukanya panas kemerahan dengan suhu 38.9 C belum ada ruam di badannya.Masih boleh berjalan sendiri walaupun agak terhencut hencut.Kerja sendiri menoreh bantu bapanya..Tapi dah dua dua demam ni siapa nak tolong menoreh?

Kes 4

Opah L. 72 tahun dah nyanyuk nampaknya dari Kg Menderang, Sungkai ditolak masuk di atas kerusi roda oleh cucu lelakinya (semalam dia ni datang membawa emaknya yang demam sendi juga) ..hari ni opahnya pulak sama juga demam, sakit sendi dan ?cirit birit.Bertaburan cirit airnya meleleh dalam klinik mama tapi opah yang dah nyanyuk ni selamba je cakap yang dia tak cirit pun.Lenjun kain yang dipakainya .Mama terpaksa berikan pamper dewasa untuknya pakai selepas dibersihkan.

Bagusnya cucunya ni yang menjaga opahnya.Dia tak berdengus marah walaupun opahnya dah lenjun bermandi najis.Dah biasa katanya.Dia yang hari hari mandikan dan bersihkan opahnya ini..suapkan makan walaupun opahnya akan sentiasa mengatakan belum makan kalau ditanya saudara yang datang melawat.Nyanyuk kan gitulah..tapi “bagus kamu menjaga opah begitu” puji mama pada anak muda ini.Walaupun pakaian macam seorang Mat rempit tapi hatinya baik.Mama bekalkan kertas buat alas lapik tempat duduk opahnya di kereta nanti kot kalau opahnya tercirit lagi.

Enggan dirujuk ke hospital kerana tak der sapa yang nak nguruskan di sana nanti..ingat?emaknya pun sedang sakit di rumah kan?

Kes 5

Makcik H, 53 tahun dari Kg Guntung, Sungkai (kg ni berjiran dengan Kg Menderang) dipapah suaminya.Dia juga diserang demam panas tiba tiba sejak semalam dan sakit sendi tangan dan kaki.

Another kes of Chikungunya-like fever.

Suaminya mendapat penyakit yang serupa sejak seminggu yang lalu.Walaupun deman dan ruamnya dah hilang tetapi lenguh dan sakit sendi masih terasa.

Kes 6

Puan S,38 tahun dari Kg Sg Klah, Sungkai masuk bersama suaminya ….dia bimbang dengan ruam merah yang penuh seluruh lengan dan kakinya sejak semalam,tangan nya lenguh dan sakit selepas demam 4 hari lepas.Demam masih ada walaupun takberapa kuat ,37.5C dedar (=demam sedikit) kata orang di sini.Suaminya yang juga mempunyai masaalah yang sama cuma ruamnya dah beransur kurang cuma di lengannya yang masih banyak.

Nak bukti?gambarnya pun ada..

Sekian untuk pagi ini.Minta maaf petang ni mama tak buka klinik.. nak ke KL jumpa along yang merap nak suruh tengokkan dia sebelum dia nak berangkat ke Kelantan..nak bawakkan bekal apa yang patut pastu nak pegi tengok MAHA 2008.Jom!