Tengahari itu dihari minggu…Sedang mama dan abah menikmati hidangan kenduri kawin di rumah jiran di belakang umah… tiba tiba datang seseorang bagitau ada tetamu datang ke rumah..bergegas mama dan abah pulang kerana janjinya selepas kenduri ni nak bawa emak(MIL=MOTHER -IN-LAW) ngan tokabah(FIL=FATHER-IN-LAW)) keumah maksu juga atas jemputan kenduri di sana.Ehhh! siapa pula yang datang?

Sebuah kereta Unser hitam dan sebuah van dah berada di dalam pagar rumah…rupanya sepupu sepupu abah datang bersama emaknya i.e emak saudara abah,makchor yang juga kakak sulung mak(MIL),yang sedang sakit di dalam kereta tu… datang nak berjumpa mama hasratnya nak berubat dan melepaskan rindu pada adiknya,mak(MIL) abah.Mereka singgah on da way nak bawa  emaknya balikkerumahnya di KL.Mungkin tak di rancang deme …tak bagitau pulak nak singgah ..mujur kami tak bertolak pergi kenduri lagi..

Kata anaknya melihatkan keadaan maknya yang semakin uzur di kampung mereka bercadang nak bawa dia tinggal bersama mereka di KL.Makchor dah taklarat bangun..dah terbaring sakit.

Mama menjengok ke belakang kereta UNSER tu..nampak makchor sedang terbaring beralaskan totoo tak bermaya pucat… lemah suaranya memanggil nama mak,mama dan abah bila kami bersalaman dengannya .

Melihat keadaan makchor yang nampak lain macam..mama segera arahkan abah dan anak-anak makchor menggangkat makchor masuk ke dalam rumah ASAP.Makchor nampak tercungap penat, laju mama memeriksa makchor…BP low..pulse pun lemah,matanya dah hilang cahayanya,pudar..”Makchor nazak ni“…. bagitau mama….anak anaknya terpinga-pinga ….spontan abah ,angah dan tokabah bergegas berwudhu’ dan membacakan surah Yassin untuk makchor..mak membisikkan kalimah syahadah di telinga makchor.Kemudiannya mama mencatitkan waktu kematian sebelum sempat surah Yassin habis dibaca.. Mudahnya dia pergi….di rumah mama rupanya malaikat maut menunggunya tadi..di sini janjinya…

Kabarnya makchor  yang agak obese mengidap  sakit lutut… selalu makan ubat penahan sakit yang dibelinya di kedai.Mungkin tanpa sedar painkiller tu dah menghakis perut dan usus makchor perlahan lahan tanpa dia sedar…mungkin dia tak tahu najisnya yang akhir akhir ini berwarna hitam menandakan perdarahan dalam perut tu itu perkara biasa..sangkanya mungkin akibat kopi yang di minumnya hari hari kot? Silent bleeding yang dialaminya membuatkan nya menjadi lemah akibat anaemia errr or kurang darah.

Tiba -tiba umah mama penuh dengan tetamu yang kebetulan memenuhi undangan kenduri kawin..Tetamu yang dapat memenuhi dua kewajipan seorang muslim..memenuhi undangan walimah dan menziarahi kematian serentak dihari itu….