Sejak kenaikan harga minyak..petrol menjadi sasaran pencuri.Hati hati bila parking kereta sekarang ni..cek meter minyak anda sebelum dan selepas parking kereta kat mana mana pun hatta di rumah sendiri…curi minyak petrol dari kereta adalah satu fenomena baru yang berlaku terutamanya di shopping shopping komplek yang walaupun ada CCTV dan pakguard tetapi pengalaman ayah yang kehabisan minyak walaupun baru diisi agak menyakitkan hati..

Kalau sebelum ini minyak motor yang dicuri tetapi geng geng orang minyak ni dah melampau..minyak yang dalam kereta kita pun dah selambanya mereka curi..Ayah tak perasan kenapa pagi itu bila keluar rumah tiba tiba tercium bau petrol..bimbangkan kalau kalau bebudak main petrol ayah meninjau keliling umah termasuk umah jiran kot kot ada petrol tumpah tapi tak jumpa..ayah start kereta nak ke bendang di kampung seberang  meter minyak dah naik warna merah, singgah isi minyak dulu tapi di tengah -tengah perjalanan  meter minyak menyala merah sekali lagi…Aik? takkan dah habih minyak ni?..tak berani nak teruskan perjalanan ke destinasinya..mak ayah turun kereta  …tiba tiba mak terperasan minyak dok meleleh turun dari bawah tangki kereta…pelan pelan ayah bawa kereta ke bengkel.tapi budak yang kerja kat bengkel buat muka selamba bagitau ni memang perkara biasa..curi minyak cara macam ni ..buka skru kat bawah tangki..tadah tong bila penuh cabut lari…senangnya kan!

Kat shopping komplek terutamanya di sekitar pekan Alor Setar memang perkara biasa kejadian begini…melimpah limpah minyak petrol yang meleleh tumpah ditinggalkan pencuri sedaang tuanpunya kereta sedang asyik bershopping…pencuri tu memang takberhati perut..tak fikir ke akibat dari perbuatan mereka tu boleh membawa malapetaka ..kalau ada perokok yang baling puntung rokok kat situ tak ke nanya?