Esok along akan mula melangkah lagi………… meneruskan perjuangan untuk tahun keduanya.Selamat berjuang anakku..Mama doakan kejayaan mu.Kalau rebah bangun kembali kerana itu yang mengajar mu untuk kukuh berdiri… jadi  gagah berlari..jangan cepat mengalah….

cuti  baru baru ini nampaknya terlalu cepat berlalu hinggakan adik adik merungut tidak sempat lama-lama bersama Along walaupun saat itu sangat mereka nantikan…takpuas mereka berkongsi cerita kerana kesuntukan waktu untuk bersama…tentu mereka rindukan saat saat begini…

Kabarnya Perhimpunan Perdana PPIM Student Chapter 2008 semakin hampir.Program yang bakal menghimpunkan malaysian medical student seluruh pelusuk dunia yang cuba turun berbakti kepada masyarakat sendiri merupakan sesuatu yang sangat dibanggakan.Along dan rakan rakan terutamanya Paidee dari CUCMS selaku penganjur program ini di Kelantan sedang bertungkus lumus memastikan program mereka berlangsung dengan lancarnya.Tentu banyak yang perlu diuruskan tapi ambil ini sebagai satu pelajaran dan pengalaman..cuma pesan mama jangan serik bila berdepan dengan masaalah..jaga batas susila pergaulan..mama percaya pengalaman bersunathon di Johor, di Bidor, di Sabah dll tentu telah menjadikan kalian semua lebih yakin untuk mengendalikan program besar ini..dan simanis Nazrah dari TV3 pun berminat untuk membuat liputan.