wah! pantasnya masa berlari.tiba tiba segalanya menjadi terlalu sibuk..

Bermula dengan menghadiri walimah teman baik abah, Susi dan Muaz(penasyid) di KL ,

 Along dan kawannya Pink diberi kepercayaan menjadi jurugambar majlis tersebut..dapat menjalinkan ikatan dengan beberapa personaliti … berjumpa si manis Nazrah, penyampai al-Hidayah TV3 yang buat liputan..pastu sempat juga berjumpa bakal pengantin Intan dari Saudi dan Hajjah ..jumpa si Hafiz (juruacara Akademi Nasyid) yang dah semakin matang mengendalikan program itu yang dulunya pernah bertamu di rumah mama semasa dia bersama kumpulan UNIC.

Ini Hafiz semasa di rumah mama

Hafiz sekarang..awat semakin kecik?

..berkesempatan memenuhi jemputan bertamu  ke rumah Munif(penyanyi utama kumpulan Hijjaz)..pastu tak lepaskan peluang melawat pameran LAMAN 2008 di Tasik Perdana walaupun banyak bunga di lamannya yang dah layu tapi mama cukup bangga dengan kesungguhan penganjur menyediakan surau beraircond di situ..walaupun kabarnya sambutan LAMAN tawun ini agak kurang berbanding sebelumnya…

Along yang kemudiannya pulang bercuti bersama teman seniornya, Nabil yang buat praktikal di klinik ..berkesempatan pulak mereka melihat kes kes Chikungunya yang sedang menjadi wabak di daerah ini..Mungkin selepas ini mereka tak akan miss kes kes begini lagi..so jangan kata ianya denggi kerana sakit sendinya berbeza, jangan kata ianya demam campak walaupun ruamnya hampir serupa kannn..jangan kata ianya gout walaupun sendinya bengkak dan panas begitu..suatu yang berharga untuk mereka berdua pelajari.Cuma kalau dapat ikut serta pasukan Kawalan vektor dari pejabat kesihatan tempohari yang buat tindakkan kawalan di kampung kampung terlibat alangkah bagusnya pengalaman itu..

Dan mama hampir setiap hari membilang kes dan menotifikasinya   kalau buat mapping rasanya boleh nampak pergerakkan kes ini dari satu kampung ke kampung lain..mana tidaknya dimusim buah ni ..ramai saudara mara balik kampung menziarah dan terjangkit…so dengar citer menteri pun dah turun kat hospital meninjau keadaan..pasukan kawalan dari daerah lain pun turut membantu.Cuma mama selalu ingatkan patient dan famili balik umah jangan lupa peksa tempat pembiakan nyamuk tu..pakat dengan penduduk buat gotong royong bersihkan kawasan ..jangan hanya berpuashati jika pihak kesihatan buat semburan yang hanya mungkin membunuh nyamuk dewasa ja tetapi tidak untuk nyamuk yang baru jengui(keluar) dari air bertakung tu..So tugas menjaga kesihatan diri mesti mau ingat…

Sehingga hari ini bila semua orang di KL sibuk dengan piket dan demo..pagi pagi lagi hari ini …mama dah kukus pulut  untuk buat pulut lemak untuk tetamu-tetamu istimewa yang akan bertanggak di rumah tengahhari nanti..pengat durian seperiuk dah sedia..rendang kicap ayam sebelanga dan rendang kicap feberet abah dan anak anak siap di masak sebelum mama bergegas ke klinik…jiran sekampung yang anak pempuannya berkawin hari ini bermenantukan anggota pasukan uniform keluarga besannya akan bertanggak di rumah mama..termasuk sepasukan beruniform untuk acara kawin bawah pedang serta pasukan kompang menjadi tetamu terhormat mama..jadi mama sediakan makan sedikit ….harap dapat alas perut semasa mereka bertamu di rumah nanti….

Segak kan mereka ini ?Kalaulah umah dapat dikawal 24jam camni..ehehe best kan..

sementara di depan rumah ada  perkemahan untuk kursus motivasi..meriah meriah!