Stop busybody and heboh pasal deman chikungunya dalam media ..bukan boleh bawa mati pun!” Itulah kenyataan tak berhati perut dari seorang doktor yang berjawatan tinggi dalam kementerian kesihatan ekoran liputan media tentang demam missteri yang melanda sebuah kampung di Slim River yang kemudiannya disahkan sebagai deman Chikungunya akibat sejenis virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes ..yang mengakibatkan pesakitnya mengalami demam, sakit sendi dan ruam seperti yang diterangkan dalam entry mama yang lepas 7 Julai 2008.Masih ingat kan?

https://drzeze.wordpress.com/2008/07/07/chikungunya-fever/

Takut nanti pelancong tak berani datang” Tu dia ..dia lebih concern pasal pelancong yang takut nak datang akibat lapuran mediaa yang kononnya mengurangkan pendapatan negara berbanding kesan kepada masyarakat sendiri yang mengalami wabak tersebut.

Kenyataan yang keluar dalam akhbar pagi ini benar benar mengejutkan mama… panas hati ditambah dengan demam yang sedia ada.Apakah pak menteri yang selalu duduk dalam pejabat aircond ini pernah turun melawat dan melihat sendiri kampung tersebut?Melihat pesakit pesakit yang diserang demam panas tiba tiba mendadak hingga ada anak anak yang diserang sawan dan ahli keluarga yang terbaring kesakitan tak dapat bergerak akibat sakit sakit sendi..Bukan mortaliti yang kita soalkan tapi morbiditi..serta yang paling penting tindakkan kawalan yang terlalu slow hinggakan masyarakat mencari alternatif lain untuk mencari diagnosis penyakit mereka, mencari media.Salahkah mereka berbuat demikian?

Awak yang gaji berjalan setiap saat takperlu risau tentang sakit orang lain tapi fikirkan orang kampung yang kais pagi makan sehari..yang hilang pencarian rezeki akibat kesakitan demam sendi yang menular dari sebuah rumah ke sebuah yang lain dan mengganggu setiap ahli keluarga ,resah melihat seorang demi seorang ahli keluarga mereka menanggung kesakitan..

Mama mohon pak menteri ni turun sendiri berjumpa dengan orang kampung..dengar sendiri keluh kesah dan bimbang mereka yang seorang demi seorang tidak dapat turun ke ladang kelapa sawit atau menoreh getah..Apakah dah cukup tindakkan kawalan yang dibuat sebelum menyerang pihak media…Apakah dengan hanya semburan kabus boleh meyakinkan penduduk yang nyamuk pembawa penyakit itu tidak akan muncul lagi dari takungan air nanti?

Memang bila berlaku sesuatu penyakit menular pihak yang bertanggungjawab masing dipaksa zip mulut mereka atas alasan remeh seperti selalu.Takut pelancung taknak datang walaupun berlambak pelancung yang sedang melencung dalam negara ..dah lebih ramai dari rakyat sendiri disesetengah tempat tu..

Mama percaya kes ini kalau di kesan dengan teliti, tindakkan kawalan dipercepatkan dan dilakukan secara bersungguh wabak penyakit ini akan dapat dikawal sepenuhnya.

Kesan dengan telitibermaksud begini:

Tanda tanda klinikal demam ini cukup tipikal..demam hari pertama dengan panas mendadak kemudian akan reda keesokkannya,kesakitan di merata sendi yang disalaherti sebagai gout=tergeliat oleh pesakit, diikuti oleh ruam yang diagnosakan oleh patient sebagai demam campak..pengesanan dalam darah hanya significant 4-5hari selepas itu .Ambik darah untuk kesan virus ini juga perlu timing yang betul dan menggunakan tiub container darah yang septutnya untuk virus isolation ..kalau tidak lab result akan negatif..dan bila negatif semua orang akan bertepuk tangan yang ianya bukan Chiku-ngunya sebab tak dapat dibuktikan sedangkan semua simptom ada di depan mata..Tapi kita yang tengok orang demam hari hari di klinik dapat lihat perbezaan antara denggi dan demam bongkok ni..

U jangan sure sangat kata ini Chikungunya, sedangkan ia mungkin denggi“kata seorang Pegawai Kesihatan bila mama maklumkan dua tiga kes yang disyaki al-maklumlah belum pernah dengar lagi kejadian didaerah ini.Dulu ada la kat sebelah tepi pantai nun dan di 2 buah kg di Johor.Depa taktau ke pergerakkan rakyat Malaysia dah lebih cepat sekarang?nyamuk pun boleh travel sama dalam kereta tu dari Johor ke Melaka dan ke sini tanpa bayar tol sesen pun?…Fikir fikirkan lah.

Ingat lagi 7hb Julai entry mama pasal demam ini?,pastu suratkabar kata 17 julai konfirm kes..Tu la hampa takmau dengaq cakap..mama dah maklum sejak 10hari dah, hari ni baru hangpa kelamkabut nak pergi buat survelan.Jangkitan dah merebak.Pesakit semakin keliru ..