musim rambutan kembali lagi…

Bila UNcle Sam menunjukkan keperihatinannya kepada kes Anwar mama mula bimbang adakah ini permulaan campurtangan mereka dalam pemerintahan negara kita..Beria ia Cik Condom-leeza Rice menempelak kerajaan kita terhadap isu ini seolah olah Anwar tu macam anak saudara nya yang dok pegi mengadu sok sek perihal esak tangisnya yang teraniaya..Jangan cuba bermain api Anwar..mereka tu mungkin mencari isu untuk campurtangan…jangan menang sorak kampung tergadai.Rakyat sedang menilai siapa yang benar dan siapa yang pengkianat..Mama dah jelak membaca isu ini yang mengambil lebih dari 50% berita diakhbar hingga masaalah gundah gulana rakyat yang taknyenyak tidor malam akibat diganggu rompakkan,kecurian dsb mungkin terpaksa diabaikan polis yang terbabit yang mengutamakan kes yang berprofil tinggi ini.

Mama pun takfaham kenapa skrip lama ini di putar kembali selepas 10tahun? Ada bukti baru ke? atau sengaja melengahkan waktu? Siapa punya idea ni?

Kalau siasatan pembunuhan kes Benazir Butto hampir 100juta dihabiskan rasanya banyak juga wang dan tenaga akan diperuntukkan untuk menyiasat isu ini.Mama tak nampak di mana logiknya pihak hospital nak mencari air mani atau sebarang tinggalan tertuduh pada Saiful tu sedangkan kes yang yang lepas lepas boleh terlepas hanya berdasarkan bukti yang takdapat dilihat nyata…Hanya bau aja….ingat lagi kes pembunuhan Norita yang hanya kerana seorang saksi boleh tercium bau busuk dan suspek yang sentiasa berbadan wangi boleh terlepas walaupun dia mengaku telah melakukan hubungan seks dengan mangsa sebelum itu..Nak kena panggil CSI datang siasat gak ke?

Dan ketika MB Teganu mendabik dada mempertahankan tindakannya membeli Merc sebagai ganti Proton Perdana yang ditohmahnya sebagai tidak ekonomikal rupanya banyak lagi perkara kecil yang besar terbongkar! camna penyelenggaraan sebuah kereta yang dipakai orang orang besar ni begitu tinggi kosnya, RM 145 K terlalu besar nilainya ..hanya untuk menyelenggarakan sebuah kereta! Boleh beli sebuah kereta Perdana baru..apa depa perlu tukar semua pekakas dalam Proton Perdana tu setiap kali penyelenggaran ke?…Biras mama yang kehulu ke hilir dengan kereta tu dari Bagan Serai ke Teluk Intan saban minggu tak pulak mengadu kereta tu bermasaalah walaupun pakai yang 2nd hand?Tak pulak dia komplen gear box rosak seperti yang didakwa MB Teganu tu.

Rasanya Toyota Fortuner camni

yang dicadangkan sebagai pilihan kedua oleh bahagian kewangan tu lebih rational untuk digunakan untuk masuk kampung berjumpa rakyat berbanding Merc mata belalang tu.Toyota Fortuna ni lebih hebat dari Toyota Prado yang mama pernah naiki untuk mendaki bukit jalan tanah merah yang licin untuk melakukan kerja kerja pemeriksaan kesihatan Orang Asli yang tinggal nun jauh di dalam hutan puncak banjaran Titiwangsa.Cengkamannya di atas jalan laluan lori balak seperti ini

yang licin dipinggir jurang itu lebih meyakinkan berbanding Mercedes hanya boleh dibawa melaram aje tu.Yang tersadai rosak di tepi lebuhraya pada pengamatan mama  lebih banyak kereta Merc berbanding kereta lain..Betul tak?

Bab pembaziran duit kerajaan memang banyak berlaku di jabatan jabatan walaupun bermacam peraturan di buat untuk menyekatnya…Dulu pemandu pemandu mama berkeluh kesah bila mama buat peraturan supaya semua kerja penyelenggaraan kereta dan tukar alat ganti yang telah diganti perlu dibawa pulang oleh drebar ..nak buktikan yang mereka benar benar menggantikan perkakas tersebut dan bukan hanya mendapat bayaran ganti tanpa mengganti apa apa..Dan mendapati kos penyelenggaran telah dapat dijimatkan secara mendadak!Maksudnya tak sewenang wenang drebar boleh bawa kereta ke bengkel sesuka hati,sain bil pastu bagi ke pejabat untuk dibuat bayaran…dan mama percaya bila kos petrol naik mendadak mungkin lebih kerap drebar akan bawa balik kereta kerajaan ke rumah untuk di kosongkan tangkinya..bukan menuduh tapi tak mustahil berlaku dan yang funnynya anaknya sendiri ceritakan kepandaian bapanya mendapat minyak free begini.

Itu belum bab stationaries pejabat yang dihakmilik sendiri,belum kira pembaziran yang staff lakukan terhdap kemudahan asas yang disediakan di pejabat seperti Air, letrik dsbnya…banyak yang akan ditanya Tuhan diakhirat nanti…hak kamu hak kamu, hak kerajaan jadi hak kamu jugak!