“Mana? takada surat pun? You tau kalau takder kelulusan pot pet pot pet…… I bleh kena tindakkan disiplin tau?”nyaring suara Makcik berjawatan tinggi di pejabat kesihatan dok pot pet pada mama bila nak maklumkan usaha murni medical student ni nak buat kerja amal di kg orang asli di kawasan jagaannya..tu kawan mama suatu waktu dulu..kawan yang pernah sejawatan dulu..mulutnya memang begitu suka pot pet pot pet tapi mama tau hatinya baik….

Yela budak budak tu mana tau prosedur kat pejabat kerajaan yang banyak karenah birokrasi tu..tapi lagak kamu yang macam susah benar nak berurusan..Mama tepon ni nak bagitau je..kalau tak bagitau pun bebudak tu akan pergi jugak …

Kan baguz bebudak  medic  dari obesi  yang sedang bercuti tu nak buat sesuatu yang berfaedah kepada kesihatan masyarakat ..sekurang kurangnya dapat mendedahkan mereka kepada kehidupan realiti masyarakat yang mereka kan rawat suatu hari nanti..dapat alami sendiri apa masaalah kesihatan yang sering berlaku dikalangan masyarakat ini.Kita bagi sokongan ajelah .yang dok heboh pasal surat tu dan  surat ni tu apehal? Tu mentaliti sesetengah pegawai kerajaan..karenah birokrasinya mengalahkan  pak menteri..

Suatu ketika dulu mama pernah ditugaskan menjaga kesihatan kumpulan minoriti ini…tapi yang bestnya mereka di kawasan ini dah lebih moden dari kita yang di kampung gamaknya…jangan ingat orang asli ni masih bercawat tinggal atas pokok lagi..

Terkejut gak pelakon kanak-kanak Bong, Fimie dan keluarganya yang mama bawa melawat  kawasan kampung orang asli disini bila melihat ada piring ASTRO di bumbung rumahnya,ada kereta parking kat bawah umah …wah! dah maju mereka ni kan?

Dan peyakit mereka pun bukan lagi kecacingan, kudis buta atau kutu sebaliknya lebey kurang sama dengan penyakit orang sekarang gak..penyakit terlebih makan…