Semalam Angah dok buat slaid powerpoint  untuk subjek agamanya ..mama setelah selesai klinik malam itu menemankannya…tapi mama berminat untuk membaca kisah perkembangan ekonomi semasa Zaman permerintahan Abbasiyah plak, dimana Islam mencapai kemuncak kegemilangannya hingga hampir 2/3 dunia dikuasai…takjub juga kan? Bila pemerintahnya buat keputusan yang bijak memindahkan pusat pemerintahan ke Baghdad menjadikan perkembangan ekonominya berkembang pesat walaupun semasa tu mereka tak jumpa lagi emas hitam =minyak yang menjadi idaman Amerika…Dah dapat Iraq sekarang dok terlioq kat minyak Iran plak!..cari alasan ja nak serang Iran…nuklear konon?

Termenung seketika mama memikirkan bagaimana pemerintah dahulu boleh mengukuhkan ekonomi negara mereka dengan bijak melalui pertanian, perindustrian dan perdagangan serta dapat mentadbir 2/3 dunia dengan baik…bijaknya  Baitulmal mereka mengumpul dana negara dan menguruskan perbelanjaannya hingga hidup rakyatnya selesa….dan cuba belajar dari sejarah bagaimana kerajaan hebat ini boleh runtuh setelah kukuh berkuasa…

Jadi selesai mama baca bab sejarah kegemilangan Zaman Abbasiyah itu…bolehlah dirumuskan  minyak bukan segala-galanya …sebaliknya terletak kepada kebijaksanaan pemerintah untuk menguruskan negaranya…sumber ekonominya banyak..bocornya pun banyak..tiris disana sini…yang sampai kepada rakyat hanya sisa sisa hampas yang tak berguna…

Pelikkan? Sistem Perisian Keputusan Sukan Malaysia (Sukma)  yang ‘tidak menjelma’ pada temasya di Terengganu, bulan lalu  harga akhirnya mencecah lebih RM11 juta daripada anggaran awal hanya RM1.8 juta � Mewahnya depa berbelanja? Berbaloikah memasang benda tu yang hanya dipakai cuma beberapa hari aje pastu dibiarkan rosak begitu saja?Itukah yang dikatakan hemah berbelanja?…Kalau ambik duit tu untukdigunakan kepada benda yang lebih berfaedah kan baguz? Kalau guna peruntukkan tu untuk  korek longkang yang tersumbat ,dalamkan sungai yang selalu banjir… kan lebih melegakan rakyat yang sentiasa risaukan banjir kilat bila hujan…

Takyah tunggu selepas hujan baru nak fikir nak buat apa…dan sibuk berebut jawatan walaupun tak reti nak memimpin diri sendiri.

Fikir fikirkanlah…