Sedang Najib berangan angan jadi PM 2010, marilah kita berdoa agar negara kita terus aman dan makmur…Bila lembah Arawadi dilanda Taufan Nagis yang pasti akan mengurangkan bekalan beras dunia, dan Taufan Fengshen menyerbu Filipina membunuh ramai nyawa ,menenggelamkan feri..kita di Malaysia cuma dilanda ribut politik yang tak menentu arah tiupannya…Bila Pak Lah buat pengumuman nak serah pada Najib, mungkinkah Anwar sedang menghafal lirik lagu Shela Abdul ,”Mungkinkah” …berkali kali sehingga September ini?Kita tunggu dan lihat episode selanjutnya .

Ayah nak pi KL esok” bagitau ayah semalam.Kenapa pulak ?Kan Pakngah masih tenat?.

Depa buat rombongan nak pi Putrajaya, nak jumpa Pak Lah” ayah berseloro…

Pagi ni emak bagitau yang Pak Ngah dah boleh bercakap..cuma pakai cekup oksigen ja berbanding hari tu yang penuh tiub di hidung dan dimulut serta wayar yang berselirat penuh badan.Kedua dua belah tangannya di ikat di besi katil.itu gambaran adik Zaharah dan keluarga yang setiap waktu melawat pasti akan berada di sana.

Depa kesian tengok PakNgah yang sepanjang hayatnya tak pernah masuk wad sekalipun sebelum ini terlantar begitu.Alhamdulillah ..semalam kebetulan malam Jumaat,mak,keluarga dan orang kampung dah pakat baca Yassin ramai ramai kat surau..doakan PakNgah ..keajaipan Tuhan tak siapa yang tahukan?..Dan hari ini tiub pernafasan di tekaknya dah di buka..cuba bernafas sendiri dengan bantuan oksigen..dah boleh bercakap.. dah minta makan walaupun misi kata tak boleh makan lagi..

Mama masih ingat lagi sewaktu kecik kecik dulu(masa belasan tahun ler..) Pakngah sangat suka minum kopi susu yang mama buat.Jadi bila nampak PakNgah  berehat di pelenggaq depan umahnya setelah letih kerja di bendang, mama akan hantarkan secawan kopi susu lemak masin (bubuh garam sikit dalam kopi susu tu) yang jadi feberet Pakngah .Dia akan bersantai di situ menghirup kopi tu sambil hisap rokok daun nipah tu .Itulah rokok yang dihisapnya sejak dulu hingga kini..bertahun tahun dah rupanya.Itulah asap yang juga telah merosakkan paru-parunya mungkin?

PakNgah dok sebut sebut nama hang (mama ler tu) tadi , bila boleh balik tengok dia ? “telefon mak tengahari tadi.Pakngah memang begitu,pernah dulu  jahitan lukanya dibiarkan berminggu minggu… dia tunggu mama pulang untuk STOkan (STO= tetas jahitan luka).

Mama tak berpeluang berbakti di tanah tumpah darah mama sejak berkerja..bermakna tak berpeluang untuk mencurah khidmat kepada saudara mara dan keluarga di kampung walaupun itu sebenarnya hasrat hati sejak dulu.Itu janji dalam hati bila sanak saudara dan kaum keluarga serta orang kampung dengan penuh harapan berkumpul ramai -ramai merestui perjalanan mama pada malam  mama akan bertolak pergi ke universiti.Masih ingat lagi,ketika itu penuh sesak umah mama yang sempit tu dengan mereka yang membawa bermacam macam buah tangan untuk mama bawa ke sana termasuk wang ringgit yang disedekahkan.Doa mereka mengiringi pemergian mama..memang berharap mama akan pulang dengan segulung ijazah serta dapat berbakti kepada mereka.Malangnya rezeki mama tiada di sana selepas itu.Cuma bila ada saudara mara yang sakit pasti mereka mengharapkan mama pulang untuk menambah keyakinan diri untuk sembuh..

.Insyaallah  mama sekeluarga akan balik ujung minggu ni.