Hampir enam purnama(tiru gaya P.Ramlee plakk…) makngah meninggal.Sejak itu PakNgah tinggal kesunyian memujuk hati sendiri yang sedih selepas di tinggal makngah, isterinya sepanjang hayat.Walaupun tinggal bersama anak bungsunya yang dah bekeluarga tetapi kesibukkan hidup mencari rezeki meninggalkan Pakngah sendirian tanpa teman bercerita.

PakNgah selalu mengadu di serang penat, mengah bila terpaksa mengangkat Makngah semasa dia terlantar sakit dulu, tapi digagahkan juga untuk mandikan, pakaikan pamper, bedakkan dan suapkan nasi untuk isterinya di akhir akhir hidup makngah…kadang kadang pakngah tertidur kepenatan hinggakan malam malam 31 Disember 2007, PakNgah tertidur kesiangan…begitu juga Makngah yang dikejutkan pagi itu enggan membuka mata lagi… kekasih hatinya rupanya dah tiada lagi untuk berkongsi secawan kopi seperti selalunya….

Sejak itu mama jarang berpeluang berjumpa PakNgah kecuali bila balik kampung sekali sekala.Seperti biasa Abah akan selalu duduk bersembang panjang dengan Pakngah yang bercerita kisah hidupnya.Setakat umurnya yang dah masuk era 70 an Pakngah masih bertahan tanpa sebarang penyakit kronik lagi.

Tapi SMS dari adik Zaharah yang tinggal disebelah umah emak dan umah Pakngah jam 2.30 pagi itu membangunkan mama…:” PakNgah kritikal” pendek mesejnya tapi cukup untuk membangunkan mama seterusnya..mata terus menjadi terang seperti lepas minum Cappucino….PakNgah sesak nafas tiba tiba…Mungkin serangan jantung kot tapi ….

Panggilan ke dalam wad HDW selepas mama selesai klinik  di sambut misi yang memaklumkan PakNgah, Respiratori Failure akibat COAD.Mama terus teringatkan Aruah Wan, atok mama.Mangsa asap rokok!

Saya tau you sibuk tapi nak minta jasabaik you bagitau keluarga yang menunggu di luar keadaan PakNgah, sebab anak anak yang dok tunggu sejak semalam di luar tak dimaklumkan apa sakitnya” pinta mama pada misi.Sebelum tu mama dah call anaknya, abang Halim, tanya apa penyakit ayahnya.

Doktor tak habaq apa pun…kami kat luaq ni, dia kat dalam tu apa jadi tak tau la.Bukan boleh masuk pun malam malam gini” jam 11.30 malam anaknya masih menunggu perkembangan ayahnya…

Sejak PakNgah kena ‘kurung’ dalam HDW sejak semalam, anak anak yang menunggu di luar tak dimaklumkan keadaan PakNgah.Mungkin budaya kita, doktor di hospital kerajaan(bukan semua ler), bukan agenda utama untuk nak bagitau ahli keluarga keadaan pesakit selepas patient dimasukkan ke wad, tak macam yng kita tengok dalam ER atau HOUSE.

Ahli keluarga pesakit nak tanya pun takut tambahan lagi bila masa doktor melawat, ahli keluarga yang menunggu pesakit di ‘halau’ keluar.Nak tanya misi ? papan kenyataan yang ada piagam pelanggan tu lagi mesra pelanggan..Mama dah pernah merasa menjadi pelawat, tidur di wad menunggu adik yang sakit dulu.Pernah merasa tidor dicoridor hospital, mengalami sendiri bagaimana rasanya menjadi seorang pelawat yang menunggu pesakit…berkongsi cerita dengan pelawat lain yang menunggu bermalam di luar ICU.Banyak pengalaman berharga yang mama belajar di sini yang terlupa diajar dalam silibus diuniversiti.

Budaya doktor yang ego(sebenarnya depa ni dah letih) berjalan di corridor hospital, yang enggan senyum( apa ingat depa ni selebriti ke nak senyum sokmo) walaupun dengan pakcik ,makcik orang kampung yang kagum melihat imej mereka berkot putih tanpa sedar masa belajar dulu duit rakyat inilah lah yang biayai mereka (Takkan JPA ambik duit politician kot?),yang sentiasa paranoid sombong tak menentu (mana plak? ni nak maintain imej intelek kan) atau mungkin terlalu malu? ( ye ler tu). Mama selalu mimpikan budaya ini akan berubah.Dan mama dah dapat rasakan angin perubahan sudah ada, cuma agak perlahan.Mungkin budaya ini perlu ditanam dalam sanubari bakal bakal doktor bila mereka didedahkan dengan khidmat masyarakat sejak dari belajar lagi.Belajar bergaul dengan masyarakat .Dari bawa bakal doktor melawat rumah mayat yang kaku tu lebih baik suruh mereka merasa sendiri pengalaman menjadi pesakit,caamna rasa terbaring di katil sendirian.Camna rasa resahnya keluarga pesakit yang menunggu sedikit penjelasan dari doktor yang arif tentang penyakit yang menimpa ahli keluarganya yang sakit.

Mama buka fotopage abah yang menunjukkkan wajah wajah keluarga kami yang telah pergi sejak tahun lepas..Pakcik Masri bulan September,2 bulan selepas tu Tok, sebulan kemudian Makngah, Maklong menyusul 3bulan kemudian diikuti oleh PakSu. ….

Mudah mudahan PakNgah diberi peluang kedua untuk kembali sehat dan pulang ke rumah bila mama balik ziarahnya ujung minggu ini….Kalau PakNgah perlukan nebulizer anak saudaramu ini akan usahakan .Insyaallah.Be strong…