Sekarang ramai yang diserang demam tiba tiba.Kat klinik kes kes demam menyerang tak kira usia.Kawasan yang dah kena wabak denggi dalam kepala hotak tu diagnosis utama …mungkin begitu juga pilihan diagnosis utama bagi doktor doktor di hospital dan klinik kesihatan disekitar sini.Pun begitu diagnosis lain jangan kita lupa.Yang penting setiap pesakit mesti dipeksa dengan teliti tanda tanda klinikal disamping histori yang terperinci walaupun itu yang kadang kadang paling dibenci oleh patient yang dalam mood letih nak tidor je tu…

Atas dasar terlalu taksub dengan denggi setiap patient …asalkan demam aja pegi sepital ambil darah peksa jadi perkara wajib ..baguslah tu tapi mereka terlupa pulak nak peksa pesakit secara klinikal plak…

Kes pertama:

Saya kecewa…semalam saya pergi tengah tengah malam ke kecemasan sebab demam berdengung kepala tanpa deme peksa terus bagi 2 jenis ubat ni ..pastu terus suruh balik.Deme tak cek pun suhu badan saya brapa..tak pegang saya pun” kata abang askar pencen sambil mengeluarkan 2 sampul ubat..satu keping Panadol dan satu lagi antibiotik Amoxy.Mukanya kemerahan demam tapi mengigil dalam bilik beraircond ni.

Saya tak berani nak makan ubat ni kalau saya tak dipeksa deme.Betul ke ubat ubat untuk sakit saya ni” Tu dia! patient pun takut nak makan walaupun ubat tu free.

Suhu 40. Nganga mulut….. mulut nampak dua biji tonsilnya yang penuh dengan tompok tompok putih.Uish! Padan ler berdengung kepala, mengigil badan…Kes acute tonsillitis

Kes kedua:

Demam dah seminggu..mama terbeliak biji mata heran.Awat biaq demam sampai seminggu.?detik dalam hati dapat dibaca…Macam faham je terkejut mama tu dia jelaskan.

Saya sambung belajar dan duduk di Ipoh.Demam ni dah banyak kali jumpa doktor , doktor swasta, doktor spital semua dah jumpa..[OOOO….. ni bershopping doktor namanya].Tapi tak sembuh jugak…mak panggil balik kampung, semalam pegi sepital SR , doktor dah cek darah ” sambil menunjukkan lebam biru dilengan kirinya, kesan ambik darah,“tapi doktor bagitau takder denggi“.Ehehe betul tak? dok fikir pasal denggi je ni, makan denggi , tidur denggi dah camouflage differential diagnosis lain. .

Tapi kenapa demamnya tak kebah kebah? Malam malam lagi kuat, sakit sendi sendi,badan pulak sejuk menggigil.Demam apa saya ni doktor?” soal pesakit ni seorang gadis berbadan gempal tapi manis wajahnya berkulit kuning langsat..Dari kad patient, memang dia ni pernah datang sini suatu masa dulu.

Kenapa dah nampak susut sikit sekarang ni? “soal mama, bukan perli tetapi memang dah nampak susut badannya, kurang gempal dari dulu.

Emaknya yang menemaninya, duduk di depan mama menyampuk…” Tu la teruk belajar kot.Makan tak tentu “..telahan makdia yang seperti emak mama yang sentiasa pastikan anak anak dan cucunya dapat makan secukupnya.Tu yang pakat maintain gempal manthop tu!

Suhu 38.Mukanya berpeluh peluh.Kebah ler tu.

Say AAAAAAAAAAAAAAAAAHHH! patient nganga mulut dan nampak kedua dua belah tekaknya melekat lekat tompok tompok putih kekuning kuningan…satu lagi kes yang sama, acute tonsillitis

Awat doktor lain tak suruh nganga mulut pun?” tanya gadis bakal guru ni bila mama jelaskan mungkin ini punca demamnya yang tak mau kebah kebah tu.

Depa lupa kot.Tapi nak cek darah sikit bleh?” pintas mama malas ler nak burukkan rakan setugas yang mungkin benar benar terlupa.Badannya tiba tiba susut tu takut takut gak berdarah manis plak…obesiti melampau boleh mencetus diabetes kan?

Hah! tu dia! bacaan gulanya 24.9.Ehh! kebetulan macam bacaan patient semalam yang dah sebulan tak makan ubat diabetes tu.

YOUNG DIABETIC WITH acute tonsiliitis..what to do?