gambar hiasan: semasa pemeriksaan percuma program SUNATHON di Bidor…

Makcik nak cek darah tengok dah turun ke belum“bagitau makcik separuh umur sambil duduk di kerusi sebelah mama.

Dah hampir sebulan makcik yang bekerja menoreh getah ni tak datang follow-up penyakit kencing manisnya.Bersangka baik mama ingat dia pergi mendapat rawatan di tempat lain..takngapa di manapun dia follow-up asalkan makcik dirawat  untuk penyakit diabetesnya yang dihidapinya sejak sekian lama.Alamak! bacaannya 24.9mmol/L! Mak Aiiiiii! awat jadi lagu tu? …

Kenapa jadi macam ni makcik?” soal mama takmau buat tuduhan melulu tapi membiarkan dia jelaskan sebabnya…

Rupanya dia dah berenti makan ubat diabetiknya yang sedia ada kerana anaknya yang kerja kat Key Eel bawa balik ubat yang lebih hebat kata anaknya…iaitu air  berbotol biru dengan harga 70 hengget satu peti …minum air tu je takyah makan ubat klinik;  kawan anaknya yang jual ubat tu bagitau emaknya dah sembuh penyakit diabetik sejak minum air ajaib tu…untuk sakit lutut dia dah beli ubat yang berharga 20 hengget sebiji.

Mama syak ni mesti bisnes MLM yang macam macam sekarang ini..buang toksik la,organik la , air beroksigen la(  memang air beroksigen kan H20 ?).Kalau memang berkesan tak ngapa jugak tapi yang mama geram tu orang kampung yang taktau apa apa ni di beri entah apa apa yang harganya mak oiii! Ada ka vitamin C yang 300 mg, dose yang ciput ni  lebih mahal dari Vit. C 500mg yang kita beli?…Kesian pada mereka yang taktau apa itu dosage, apa itu content ubat yang sebenarnya?

Mama memang selalu didatangi oleh rakan rakan yang ingin mengajak buat bisnes jual ubat MLM ni tapi rrasa bersalah bila kita tahu nilai sebenar barangan tu. Biarlah kengkawan berkecil hati kerana tidak dapat merekrut mama untuk menjadi ahli mereka asalkan prinsip kita di pertahankan.

Kalau kita boleh dapatkan Vitamin C yang dosage 500mg dengan harga yang murah kenapa perlu kita nak suruh patient beli barangan yang sama tetapi harganya puluhan ringgit dalam jualan MLM yang nyata hanya nak menjaga pendapatan ahli ahli di atasnya.Agak kecewa bila mama tanya kan mereka kenapa perlu jual dengan harga yang mahal ? tetapi mereka lebih berminat untuk mendapat downline dari memikirkan berbaloi ke tidak harga yang dibayar oleh makcik makcik yang kais pagi makan sehari ni….

Mujur ubat sakit lutut tu makcik beli sebiji aja..Pakcik sebelah umah yang beli 10 biji konon nak cepat baik  terus pengsan masuk wad lepas makan ubat tu.Tu yang makcik takut tu, cepat cepat makcik datang peksa sini” cerita makcik tadi berterus terang.

Tak salahkan makcik ni jugak..mungkin dah jemu makan ubat kot walaupun paras darahnya terkawal baik tempohhari dan cuba beralih kepada rawatan yang menjanjikan penyembuhan total…

Mama masih heran kenapa pihak kementerian berdiam diri dalam perkara begini?.