Sejak dari zaman Along di sekolah rendah hingga anak bungsu mama Arif..tidak pernah miss akan dipilih untuk buat folio kerjaya untuk  sekolah.dan profesion yang dipertanggungjawabkan untuk mereka mencari maklumatnya adalah kerjaya sebagai doktor.Mungkin cikgu tahu mana sumbernya nak lengkapkan maklumat tersebut…Hujung minggu ini Arif akan mewakili sekolahnya untuk peraduan yang serupa…

Along pernah menang tempat pertama, begitu juga Angah walaupun hingga sekarang  duit hadiah RM 80 hengget yang dijanjikan sewaktu Angah ditahun enam hingga sekarang Angah belum dapat lagi.Tapi itu bukan isunya walaupun pada Angah duit sebanyak itu sangat sangat ditunggunya sejak 6tahun dulu tapi janji tetap janji kan?..Nak tanya cikgu segan pulak lagipun gurubesarnya dah pencen lama dah.Mungkin duit hadiah takpernah ujud kot hanya gimik saja bila Angah diberi replika cek besar gedabak tu?

Tapi yang mama suka bila mereka diberi peluang membuat folio kerjaya  ini sekurang kurangnya mereka lebih terdedah kepada selok belok kerjaya ni…berbanding dengan mama dulu yang agak blurrr  dengan cita cita dan kerjaya masadepan…yang tahu pergi sekolah belajar tanpa memikirkan sangat nak jadi apa.

Semasa sekolah rendah Mama bagitau cikgu kelas cita cita mama nak jadi tukang besi kerana mama sangat kagum melihat bersungguhnya Apek  tukang besi klong klang mengetuk besi panas bekerja seawal pagi bila bas  yang mama naik ke sekolah buat u-turn di depan kedainya.Cikgu mama takpernah mempersoalkan atau peduli dengan cita cita mama yang tercatit dibuku rekod sehingga tamat belajar darjah enam…sebagaimana tak pedulinya dia  bila dia silap menempatkan mama di kelas tercorot selama sepenggal akibat tertukar buku rekod dengan kawan mama yang punya nama yang serupa dan nama bapa yang sama di situ cuma warna dakwat merah dan biru di dalam buku rekod yang membezakan kami…

Berbeza dengan zaman sekarang ramai yang bersungguh memilih kerjaya dengan meletakkkan faktor nilai ringgit sebagai pilihan utama berbanding minat.Tak salah kan kerana itu memang menjadi tuntutan hidup sekarang?…Agak terkesima mama bila seorang  kawan Angah bertanyakan mama doktor pakar yang bagaimana boleh mendapat gaji paling lumayan semasa interview mama untuk projek folio kerjaya mereka.Mungkin dimasa akan datang tiada lagi jawapan skema ;” saya ingin memberi khidmat kepada masyarakat dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi” sebaliknya begini ” saya perlu kantung duit saya penuh terisi” sebagaimana kalutnya politik Malaysia kini yang boleh dijualbeli.