Akhirnya impian mama untuk melihat suatu hiburan yang mendidik jiwa direalisasikan oleh TV9 yang telah menghasilkan Akademi Nasyid untuk tontonan kita.Tahniah kepada TV9 yang banyak menghidangkan program hiburan yang Islamik untuk tontonan kita.

Akademi Nasyid…Jangan lupa setiap Sabtu jam 8.30malam untuk menontonnnya.Mungkin promosinya tak sehebat program realiti yang lain…Mama dah terlepas kedua dua episod tersebut tetapi berpeluang menontonnya di website TV9 di sini http://www.tv9.com.my/Shows/Main.aspx?MenuID=1&MasterID=185&ShowID=425&TemplateID=2

Nampak gayanya untuk 2 konsert lalu  peserta yang cacat penglihatan,Azhan Atan menjadi pilihan ramai.Dan mereka tidak silap bila memilihnya.. mama puN dan tidak mustahil hadiah RM 100K mungkin menjadi rezekinya .

Masya’allah! sedapnya suara saudara Azhan Atan…sebalik kekurangan penglihatan beliau dianugerahkan dengan suara yang cukup memukau…. dengarkan lah..