Dengue alert! hati hati semua hujan lebat sejak 2-3 hari yang lalu membenarkan air jernih bertakung yang menjadi feberet breeding untuk nyamuk berkaki belang ini, Aedes….Virus menakutkan yang dibawanya sedang mengancam kesihatan kita jika tak bernasib baik…malangnya belum ada rawatan khususnya.Langkah pencegahan yang penting.

Demam patah tulang yang selalu di alami pesakit benar benar menggugat kederat pesakit itu sendiri…Pernah seorang lelaki berbadan sasa ,pemandu jentolak yang gagah bekerja yang tidak pernah sakit atau pening sebelum ini tiba tiba dibunuh oleh seekor nyamuk sahaja…Dia mati akibat dengue berdarah…

Tu la pihak majlis biarkan air bertakung dalam longkang tu sebab tu banyak nyamuk” komen sorang penduduk bila dialertkan mengenai masaalah wabak dengue kepadanya…cam biasa kita suka menuding jari kepada orang lain bila masaalah terjadi tanpa sedar ada 4 lagi jari tu menunjuk pada diri sendiri kan.

Tapi nyamuk yang bawa dengue tu tak gemar air longkang yang kotor tu.Nyamuk bandar tu suka duduk dalam umah kita yang ada  airjernih, bawah petiais,bekas bunga bla..bla..dan pernah terjadi bila lawatan kawalan disebuah taman perumahan yang kerap berlaku wabak mendapati bentuk bumbung rumah di situ sendiri menyebabkan air bertakung yang mengundang nyamuk Aedes!Bumbungnya yang mempunyai gutter yang cantik tetapi tidak diselenggarakan dengan baik menyebabkan air ujan stagnant di situ…

Takpa pihak kesihatan dah datang buat semburan asap dah .pendapat salah ni…Nafas lega atas tindakkan kawalan oleh pihak berwajib sebenarnya hanya membunuh nyamuk dewasa sahaja tau tetapi tidak kepada baby nyamuk ni..tidak membunuh jentik jentik dalam air yang akan muncul dua tiga hari nanti yang akan menyerang kemudian..So lihat disekeliling kita elakkan Aedes jauhi dengue..