11tahun lalu……di bilik Pegawai Kesihatan Daerah.

Doktor! bagi tahu saya kenapa saya tak boleh dapat melintang atau menegak kali ini?!!!!!“bentak seorang staff, merinyu kesihatan berwajah garang sambil tangannya menggenggam menghentak meja mama suatu hari.Wajahnya yang macam watak antagonist filem Tamil tu berpeluh peluh dalam bilik mama yang beraircond tu.Marah benar nampaknya dia.Staff lain yang cuba meninjau dari jauh mama bagi isyarat supaya menjauh..biarkan saja mama berdepan dengannya…

Mama yang taktahu hujung pangkal diterjah staff yang marah marah gitu terpinga pinga heran.

Kamu duduk dulu. Cerita apa masaalah kamu sebenarnya.Nampaknya ada benda yang membuat kamu marah benar ni” mama cuba mengawal debaran berdepan dengan dia ni yang terkenal dengan sifatnya yang agressif …mama selalu mendapat aduan dari kawan sejawat tentang salahlakunya dan komplen dari superiornya kerana selalu bertentang pendapat dan melawan arahan.Enggan bertugas bila ada tugas tugas segera seperti mengawal wabak denggi yang memerlukan tindakkan kawalan cepat…tapi mama tahu sebabnya…. dia ada melakukan kerja part-time..menjadi pemandu kereta tarik dilebuhraya.

Mama biarkan dia bercerita..biarkan dia luahkan apa yang terbuku dihatinya selama ini..biarkan dia dia bercerita tentang rasa takpuashati dan rasa tertindas dari persepsinya.

Rumusannya…. dia ni memang tertekan kerana masaalah kewangan dan dia rasakan dengan mendapat anugerah yang diharapkannya itu dapat menambahkan pendapatannya..ditambah dengan cabaran /sindiran kengkawan yang menambah bara dihatinya hingga dia nekad untuk berdepan dengan mama kali ini…Laporan dan markah SKT yang dinilai oleh Chief IK nya (IK=Inspektor Kesihatan) sebagai penilai pertamanya cukup tidak memuaskan hatinya…Dan dia mengamuk sakan bila namanya tak muncul dalam senarai cemerlang…Puhhhh!…

” Saya dah tak boleh sabar kali ni.Kawan kawan sebaya saya yang lain semua dah dapat.Saya ingat tahun ini saya bleh dapat sebab dah dekat nak pencen tapi IK saya tu memang cari pasal!Saya tau dia tak suka saya..tu pasallah dia bagi markah SKT saya rendah camtu!” nampak benar dia berharap untuk pencen dengan paras gaji yang lebeh baik berbanding dulu….Harapan yang menjadi idaman semua penjawat awam bila menghantar SKT tahunannya….untuk sekurang kurangnya tersenarai sebagai penerima gaji melintang atau menegak…Cuma ramai yang menyimpan angan angan itu dalam hati tak seagreesif dia untuk mendapatkannya..tapi layakkah dia itu perkara yang berbeza..Dia peduli apa…

Dalam keadaan gini tak guna kita membangkang pendapatnya..yang hanya akan menambah berangnya..nanti takpasal pasal mama yang yang jadi mangsa geramnya.Jadi mama guna kaedah lain..takguna memberi janji palsu..janji nak bagi anugerah tu untuk tahun depan dan tahun berikutnya..

F…kamu tahun lepas raSanya tak pernah ambik MC kan?Kamu jarang bercuti nampaknya..memang kamu rajin bekerja.” puji mama ikhlas.Mukanya yang marah tadi mula kendur tegangnya.Manusia mana yang tak suka dipuji.Tapi memang betulpun…. dia ni memang begitu cuma tingkahlakunya yang agak agresif dan suka bergaduh fizikal dengan kengkawan itu kurang menyenangkan…ganaznya seperti selalu kita tengok macamana pemandu kereta tarik yang memandu zupp! zappp! melintas ganas atas jalanraya.

Anak isteri kamu sihat?” angguk dia.Mukanya nampak kembali relaks bersandar dikerusi..Mama puji dia kerana bertanggungjawab jaga keluarga..komited dengan kerja..dan bl..bla..bla…pastu..baru start …

Kamu tahu F.. sayapun macam kamu….kalau boleh tiap tiap tahun nak anugerah tu tapi itu anugerah untuk yang terbaik diantara yang cemerlang..toksah kita berharap sangat.Kadang kadang Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita…dia tak bagi dalam bentuk cash tunai macam kita hendak..yang kita nampak.Tapi dia bagi anugerah tu dalam cara lain..Dia sihatkan badan kamu, Dia sihatkan keluarga kamu..dia bahagiakan perasaan kamu..Dia pelihara keselamatan kamu semasa bertugas termasuk semasa kamu memandu laju diatas jalanraya…Itu ANUGERAH yang kita tak perasan…yang tidak kita iktiraf sebagai anugerah.Takguna kalau kamu dapat duit ektra tapi terpaksa bayar itu ini ..bayar kos berubat sebab sakit sentiasa..kereta rosak sentiasa..lagi kamu berkeluh kesah kan?.

Kerja kamu ni banyak pahalanya jika kamu ikhlas(jangan dok cebik ok=ni realiti)”…tugas kamu sebagai merinyu kesihatan tu menjaga masyarakat supaya sihat…. supaya mereka dapat bekerja untuk menyara keluarga mereka..supaya mereka dapat mengerjakan ibadat ..yang kamu pun dapat tempiasnya juga.Bla..bla..bla...” F terdiam dan kemudian akur dengan kata kata mama.

Harap dia faham dengan apa yang mama nak sampaikan…harap dia tak marah marahkan IKnya dan mama yang tak dapat baginya anugerah tu..Dan mama yakin itu kerana pernah selepas kejadian itu dia laju memintas mama di lebuhraya hingga ke R & R suatu hari hanya semata mata ingin berterima kasih atas nasihat mama yang membuatkannya lebih tenang dengan kerjanya sekarang.

Ya la kita yang bekerja ni bukannya boleh menunggu surau atau masjid untuk beramal beribadat macam orang lain yang dah pencen tu tapi semasa bekerja ni kita mengutip pahala jika ikhlas kan?????…Tu yang kerja sebagai ibadat..tak yah jenuh kerajaan dok kempem macam macam supaya staff nya komited bila bekerja..supaya menilai setiap waktu yang dibayar gaji tu berbaloi ke dengan tugas/titikpeluh yang kita berikan bukan sebaliknya.Jangan dok demand gaji je tapi banyak habis dengan minum pagi, minum selepas pagi=10pagi, minum petang dsbnya….