Kerja sendiri senang la nak cuti” itu persepsi kita bila bekerja sendiri kan…Bila bila masa aja boleh tarik pintu klinik tutup dan letak notis TUTUP besar besar di situ…tapi bagaimana dengan patient.?Banyak masaalahnya tau…

Kami tunggu dari 6.00ptg hingga 8.30 malam depan klinik semalam,tak baca pulak notis kat depan tu“.Cerita patient yang datang semula dengan kereta sewa keesokanya.Alamak!Notis mama kat depan tu tak cukup besar  untuk dibaca?.Malam ini tutup, esok buka tertulis di notis tu. “Tambang mahal sekarang.Bas takat pukul 6 ptg ja.Terpaksa naik kereta sewa” Kata kata  patient membuat mama rasa bersalah ..tapi mama tutup klinik pun kerana =sebab emergency,ada kematian.Takkan nak tepon semua patient bagitau kan?Nak cari locum ….susah sikit kalau emergency gini.

Saya tunggu depan klinik sejak pukul 7pagi tadi.Taktahan rasanya sakit sejak semalam” bagitau pakcik yang terhencut hencut berjalan diserang gout.

Pakcik datang dengan siapa?” tanya mama kerana tidak dipapah sesiapa dengan kaki sakit begitu..

Datang dengan anak.Pakcik bawa motor pelan pelan bawa  anak pakcik yang umur 8 tahun tu buat teman” Terkejut mama ,pakcik ni bawa motor dengan kaki berdenyut bengkak akibat gout dengan menunggang motor dari umahnya yang sejauh lebih 50km di pendalaman felda tu?Meredah sejuk pagi bersama anaknya, menunggu di depan klinik mama yang hanya dibuka  2 jam kemudian.Kesian kan…kalaulah pagi tu mama tiba tiba pulak letak notis TUTUP tak ke nanya pakcik ni.

Mak nak datang klinik ni jugak.Dia kata dah biasa di sini” cerita seorang anak yang terpaksa memandu lebih 2 jam semata mata kerana permintaan maknya yang nak balik berubat di sini,di kampung halamannya walaupun dah berpindah tinggal bersama anaknya sejak kematian suaminya,walaupun di bandar besar tempat anaknya itu bersepah klinik pakar dan tak pakar.”Rhasi di sini” ..kata maknya membuatkan mama rasa serbasalah…walaupun dalam hati berdoa agar ubat yang diberi dengan izin Allah menyembuhkannya.Nasib baik gak masa dia datang tak der notis TUTUP kan?

Anak saya demam sejak 4 hari yang lepas..datang sini asyik tutup aje..tu yang saya bagi panadol syrup yang beli kat kedai ja.Saya taknak bawa gi klinik lain sebab anak saya memang rhasi kat sini.Kenapa doktor tutup lama sangat?.” Lorrr mama pulak yang salah?Dah tu… ccuti cuti sekolah hari tu nak jugak bercuti macam cikgu-cikgi tu..dapat cuti lama-lama..best kan.

Rhasi ni istilah yang patient bagi kat kita..mama pun mula mula tu tak faham gak apa tu yang dimaksudkan dengan rhasi.?..tapi sekarang dah faham dah lerr…kata patient walaupun ubat tu kadang kadang sama aja seperti doktor lain yang bagi tapi patient percaya kalau kita yang beri akan lekas sembuh sakitnya..walaupun kita tahu penyembuhannya di tanganNya….Begitu jugak dengan patient lain akan rhasi dengan rawatan oleh doktor tertentu.Cam kita makan tomyam gak ler kan..semua orang boleh buat tomyam tapi hanya tomyam kedai tu jugak yang memenuhi selera tekak kita kan..gitu ler kot?