Hari ini pemuda Nepal yang berkerja kilang frame itu datang bagitau, temannya yang mama rujuk hari senin lalu telah selamat di bedah dan dibenarkan pulang hari ini..cam biasa dia nak ucap terima kasih dan harus segera ke hospital untuk membawa temannya pulang..Bagi perantau seperti mereka sahabatlah diharap dapat membantu dalam keadaan begini…seperti kata lagu Hijjaz “kaulah sahabat kaulah teman” .

Itu baru intro..tapi yang sebenarnya nak citer camna kadang kadang kita bleh missed diagnosis yang boleh membahyakan patient.Kadang kadang kita tak perlu mesin yang canggih dengan visual 3D untuk mengesan penyakit patient kita.Jangan mata hanya merenung skrin komputer kalau merawat patient.Dok sibuk menaip data dalam komputer hingga lupa or malas nak cek patient..jangan jadi doktor pen yang hanya cek dan kuis patient dengan pen aja walaupun dia pendatang di sini.

Guna pancaindera kita…Pesan pensyarah mama, mendiang Prof Danaraj, tengok camna gaya patient tu berjalan masuk bila nak berjumpa kita yang kadang kadang boleh memberi diagnosis segera kepada kita..terbongkok bongkok kah memegang perutnya?, tegak kah menahan pinggangnya yang sakit? atau terhencut hencut berjalan?tengok mukanya bila bercakap.. keringkah lidahnya akibat dehidrasi, kuningkah matanya dll lagi.Yang penting mesti tengok jangan tak sudi tengok muka mereka yang mungkin dah letih menunggu sejak tadi..yang berharap kita dapat membantu meringankan sakitnya.

Mama masih ingat  pada pagi senin itu pemuda Nepal yang belum fasih berbahasa melayu yang sheket sheket fahem cakapnya masuk dengan terbongkok bongkok tunduk memegang perutnya…kat luar tadi dah muntah sekali menyebabkan mama arahkan agar dia di dahulukan.Dengan bantuan rakannya yang dah lama bekerja di sini dapat mama mendapat tahu citernya or memudahkan histori taking….

Sakit perut yang sejak semalam tak dapat tidur memaksanya mengajak kawannya mendapatkan rawatan segera di bahagian kecemasan hospital daerah dekat sini jam 5 pagi..Malangnya waktu begitu hanya diagnosis angin gastrik kot berdasarkan ubat yang ditunjukkan pada mama i.e ubat air putih MMT dan tablet kecik putih, anti spasmodic. Jam 8 pagi patient dah tercegat di depan klinik mama.

Melihat keadaan begini ,acute abdomen memerlukan tindakkan segera..tambahan lagi bila dipalpate perutnya  dah keras macam papan tu camna boleh kata gastrik aja?Kalau dah bengkok paha kanannya ke perut berkerut muka menahan sakit camna kita nak kata ini bukan Appendiksitis?..Laju mama menulis surat referal bagitau supaya ke hospital berpakar yang 45 min perjalannan dari sini.Hari tu juga patient tu di bedah segera..

Alaaaa..apendisitis aja buka isu besar pun! Apa la mama ni nak pot pet pot pet kat sini?…

Dik oii… walaupun nak buat operation buang apendik tu cam simple sangat, surgeon bleh pejam mata sambil operatenya tapiii kalau tak dikesan…tak didiagnos..tak dirujuk kepada pihak yang betul..(ada patient yang laju aja dibawa pegi mengurut bila doktor misdiagnos ini hanya angin)..yang akan rupture dan menjadi sepsis..yang bila dah terlewat di bedah dalam perutnya melekat lekat taliperut  ususnya yang kemudiannya terpaksa pakai kolostomy beg akhirnya..yang pada usia mudanya dihabiskan berulang alik ke hospital …merana hidup mereka kan..