Laman Impian nampaknya mustahil menjadi kenyataan setakat ini..isu minyak dan inflasi menuntut kita semua berhati hati berbelanja.Segala perbelanjaan perlu berhemat dan belanja yang tak perlu ,kurang perlu dan perlu perlu difikirkan berhati hati…kalau tidak belanja tunai dan simpanan tunai akan menjadi tidak bernilai…benar kata emak..beli emas untuk simpanan ,hartanah tidak akan membawa kerugian…malangnya mama rimas memakai emas sebaliknya manik koran yang jadi pilihan..dok jeling frust tengok gelang kristal dan rantai mutiara yang takbernilai tu..padan muka mama.

Hajat nak jalan kaki aja pergi kerja walaupun tentu berpeluh ketiak tapi abah plak risau ..takut kena samun tengahjalan..takut kena kidnap plak…walaupun dalam henbag banyak kertas resit dari duitkertas..Kan tu salah satu cara nak jimat petrol selain buka tingkap kenderaan di waktu pagi..dapat fresh air jangan pasang airkon dan matikan enjin kereta bila menunggu.Nak pandu melebihi 80km/jam tak sempat sebab jarak ke tempat kerja tu dekat sangat…

Patient  sekarang pun fikir dua tiga kali nak sewa kereta nak mai klinik..dulu sewa 30hengget bleh sampai depan pintu klinik tapi sekarang ada 50hengget hanya untuk bayar kat drebar kereta sewa saja..nampak gayanya cium bau ubat pun  rasa macam dah sembuh penyakitnya dek takut nak tengok bil rawatan…kalau demam pun terus kebah gitu ja kan?..Kita yang nak caj pun jadi serbasalah bila patient bagitau dalam begnya ada 10 hengget ja berbaki…last last kita yang terpaksa bagi duit untuk dia tambang balik plus ubat free…

Pernah ada sorang pakcik tu datang dengan serangan jantung…bila suruh pergi hospital dia takmau pegi dengan alasan duit yang dibawa hanya cukup setakat sini saja…tetap bersetuju bila mama hulur not biru besar tu (bukan rasuah kan?) dan dihantar dengan ambulan eew eott segera ke hospital percuma..selang seminggu isterinya datang kembali kononya nak bayar kembali duit tersebut ttapi mama halalkan saja..mama gembira bila tau dia dah selamat sihat balik rumah…tapi terkejut beruk bila isterinya pulak nak buat pinjaman dengan syarat “doktor jangan bagitau suami saya yang saya pinjam duit doktor ” katanya tersengih sengih dengan muka berbedak ,berlipstik dan bercelak tebal …mama senyum sumbing sebab dalam hati memang sah duit tu takkan dapat kembali…..baik niat sedekah tak sakit hati kemudian hari kan?

Bila mengalami keadaan gawat ekonomi sekarang kita sebenarnya lupa melakukan seperti apa yang dibuat oleh Nabi Yusof sebelum ini..menyimpan bekalan untuk menghadapi kemarau ekonomi yang sedang melanda seperti tsunami senyap…negara kita rupanya menjadi pengguna yang sangat hebat!manakan tidak kita mengimpot segala-galanya .terutamanya food suplement yang bermacam macam termasuk vitamin vitamin yang mampu kita dapat secara semulajadi dari belakang rumah kita; pisang , jambubatu(kat sini banyak tau..), limau kasturi yang sebesen cuma 1hengget dari nyonya yang rajin bertanam didepan umahnya..berbanding Vitamin C yang dibeli sebotol lebeh 40hengget kononya product dari luarnegara yang tukarannya US dollar bernilai tinggi..mujur lah sekarang nilainya merudum tetapi ditukarganti dengan menaikkkan harga minyak pasaran plak..

Kita berbelanja lagak seperti anak raja Brunei…Hebat dengan telefon bimbit berimej mewah..nak yang 3G walaupun nak bersembang dengan orang sebelah, nak berlaptop yang berjenama walaupun hanya pandai guna program word ja di dalamnya… Dan kajian telah menunjukkan(ehehehe…macam gaya Dato’ Dr. Fadhilah bercakap plak)…golongan yang takberpendapatan seperti surirumah dan pelajar yang paling banyak menjadi pengguna enfon. golongan pelajar ini pulak menjadi  pengguna  enfon yang terkini dan tercanggih di pasaran padahal nak topup pun harap belasehsan mak ayah dan JPA/MARA/PTPTN…untuk apa?Apakah hanya sekadar letak di meja untuk dijeling oleh kengkawan?dan menambah perasaan ria’ dalam diri…maka jadilah mereka ini golongan metroseksual yang tak pernah puas….Yang dok garu kepala emak ayah juga kan…