Bersantai di pondok kayu=wakaf=wakauh=dangau=gazebo depan laman rumah sambil melihat anak anak ikan koi berenang renang berebut makanan dalam  kolam dibawahnya ,telinga mendengar deru air terjun  buatan di penjuru taman sedang hidung tanpa disuruh terhidu harum bau bunga kerak nasi=kesidang yang menyegarkan minda serta mulut sibuk mengunyah jambu batu tanpa biji yang telah dicicah dengan kuah rojak RODZIAH yang sedap penuh dengan kacang tanah .

Lima pancaindera berfungsi dan digunakan sepenuhnya.Relax….Tenang …hingga zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz….

Uarghhhhhhh!!Oitttt!!! bangun! berangan rupanya.Terlepas majallah LAMAN di tangan…

Angan angan yang bukan percuma kecuali  pereka dalaman,Eric Leong berimej kepala botak licin tu memilih laman mama untuk diubahsuai dalam program Casa Impiannya ..tapi silapnya borang penyertaan pun tak di hantar camna Eric nak tau laman mama yang sekangkang kera tu  perlukan pengubahsuaian?…Jadi jangan salahkan mama bila nak berangan angan macam tu kan?..Lagipun dah ada hambaAllah yang baik hati bersedia nak membina gazebo idaman dengan percuma?, Cina kedai paip dah bagitau tip tip menyediakan kolam ikan yang low maintenen tetapi jernih airnya sentiasa …mengadap pokok pokok bunga bunga mama yang dah mula jinak berbunga…

Mungkinkah  ia akan menjadi kenyataan?