Program bercuti bersama keluarga telah selesai dan Alhamdulllah..segalanya dipermudahkan olehNya.Keluarga besar mama dan abah bersatu berkonvoi ke destinasi yang dirancangkan..Anak-anak semuanya teruja dapat bertemu dan bergembira bersama-sama sepupu-sepapat mereka sambil menikmati percutian di tanah tinggi kali ini.Genting Highland…Mama sekeluarga=5+6+7+3+6+2 ayahemak =29 orang semuanya!??? nak pegi kasino ke? Oh tidak!Theme park dan rumah saljinya yang menarik perhatian serta menikmati suasana sejuk di situ sambil membilang harta peninggalan GohTong yang banyak itu.

Oleh kerana semua penginapan dah fully booked di sana kami semua tiada pilihan..menginap di umah Zam di KL dan dari sana kami bertolak ke Genting Highland.Cuma 1jam perjalanan…cadangnya nak pergi pagi dan balik petangnya atau malamnya…UHHH!dalam hati masih berbisik.masih berharap ada bilik untuk menginap nanti walaupun dah cek kat internet semua bilik hotel di sana dah fully book termasuklah Hotel First World yang masuk Buku Rekord Guiness dunia kerana mempunyai lebih 6,000 bilik pun penuh!…bisik hati mama…moga ada yang takjadi menginap atau nak kosongkan bilik mereka …jadi rezeki kami dapat bermalam di sana.

Nampaknya abah juga berkata begitu pada mama bila dia pesan supaya bawa baju ekstra kalaulah kalau ada bilik kosong….Kesian gak kat mak dan ayah dan adik adik yang ada anak kecik seperti Rohani dan Ila …sekurang kurangnya ada bilik untuk dapat melepas lelah kalau keletihan di sana nanti….

Mama pun saja usik ayah suruh bawa baju ektra kot kot le ada yang termuntah atas ayah semasa naik jalan pusing pusing tu….ayah akur cakap mama..tapi sebaliknya dalam perjalanan… baju mama yang kena muntah hehehe cucu mak yang paling bungsu siHadif yang termuntah dalam pangkuan mama..yang membuat abahnya ambik keputusan naik kereta kabel aje…semua dah teruja nak naik kereta kabel kecuali Abah, Maie, Yusop , Meor yang memandu kereta ,emak ayah dan mama yang acrophobia =gayattt! .

Nak jadi rezeki semasa nak ambik tiket untuk ke taman tema=Theme Park dapat diskaun 50% atas ehsan 2 patient mama yang bertugas di sana.Pastu ada pulak sorang uncle (mai dok tanya pada abah “nak sewa apartment tak? Uncle Cina mungkin ulat hotel kot?= macam ulat tiket bas gak ..Apartment 3 bilik! …Plus satu bilik di First World Hotel …muat untuk semua!…Offer yang sukar untuk dilepaskan.Okey kome main puas puas kita bermalam di sini..telefon mama pada Azim dan gengnya yang entah kat lokasi mana di situ.

Jadi enjoylah anak anak seharian dengan gelang kertas ditangan boleh bermain puas-puas in-door dan outdoor games tapi malangnya semua lokasi permainan kena beratur panjang..berjam jam ..Kami…Group kaum ibu dan bapa terpaksa ler menunggu..last last kaki rasa perit.terpaksa ajak mereka pergi urut kaki ..kat poster terpampang harga 48hengget ingat kot sejam ler..rupanya untuk 20min je..mana rasa apa, nak sejam  88hengget terbang! lenguh kaki punya pasal…rupanya Cina tukang urut tu budak Bidor jugak!laaaa keciknya dunia.

“Musim cuti begini je ramai.kalau hari biasa nak dapat 3 pelanggan pun susah ” kata Nyonya yang urut kaki mama.“Kami yang kerja kat sini ada 24 orang ..susah mau cari makan oooo”. Mama kesian melihat dia yang terkial kial mencari rezeki di situ.Kesian gak kan.. tengok urat tangannya dah macam lengan Arnold Swazenger tu. Jom layan gambar dulu…

Usop-berT-shirt merah,Ayah dan emak kat skyway..menunggu yang lain naik kabel car

Ayah dan emak dah letih menunggu depan Theme park

Ini kereta Angah suatu masa nanti..ehehe

Dimana-mana ada keluarga ‘besar’ kami, ini di depan Hotel Genting

Hadif dah letih selepas muntah..mama Ila  jelah yang main buih sabun tu..ehehe..Dikna tengok apa tu?

DikMira dan sepupunya,Apit berkongsi nasik bungkus..

Suasana sejuk berkaabus di waktu tengahari nyaman sekali..perut asyik laparrr aje kan..

Nampak laluan berbumbung hijau dari Theme Park ke penginapan kami kat sebelah kanan tu?

..malam tu kami semua termasuk Azim dan gengnya (kecuali ayahmak) terpaksa berjalan melaluinya kerana abah dah keletihan nak balik ambik kereta..dari Theme Park ke Apartmen Ria.Trauma…. trauma…kata Azim yang terpaksa berjalan ngan stokin bila kasutnya dah menggigit kaki.Arif pun sama.Mama?…Baru je urut kaki kat atas tadi dah lenguh semula.Tapi itu pengalaman kan terutama pada anak anak yang jarang dapat berjalan kaki jauh jauh gitu..ehehehe..

Kami balik keesokkan harinya, singgah beli jeruk yang kaw kaw kat hentian kereta kabel..sempat posing di situ

Sebelum tiba ke rumah, Ayang ajak dinner kat Tapah …Pertemuan dengan Rajalawak Yus yang dah selim melim dan pelakon cilik Hikayat Putera Syazlan yang manja tapi mesra di rumah rehat Tapah…melengkapkan percutian anak anak ini…