Uik! lama plak tak menulis.Bizii..cuti sekolah dua minggu berarti masa untuk pembantu rumah untuk pulang bercuti walaupun masa ini rumah penuh dengan tetamu silih berganti…Umah jadi meriah dengan mereka. Saudara mara dan kengkawan yang lalu singgah bertamu..Alhamdulillah..Tetamu datang membawa rahmat bagitau mama pada anak anak.

Hari SELASA minggu pertama cuti agak kalut sikit sebab mama kerja.Patient sesak di klinik.Pagi pagi Mak Cu dari Pahang dan Mak Cik dari T.Intan (mak sedara abah) sekeluarga singgah di rumah, tengaharinya Nyah dan famili, sepupu abah singgah on da way balik KL. Sempat mama masak lunch …ikan kakap tiga rasa,ayam goreng, dan tauhu jepun masak sos tiram,serta masak lemak udang dengan belimbing buluh..puhhh! sedap gak makan ramai ramai gitu.Petangnya Along tiba dari Cyberjaya bersama Paide,kawan sebiliknya..Nak bincang dengan mama pasal pasal program PPIM mereka yang akan berlangsung bulan Ogos nanti..Esok pagi sebelum ayam berkokok..( ehehe..umah mama masih dengar bunyi ayam berkokok tau…) Along dah bertolak pulang….

RABU : Pagi itu Paksu ,bapa saudara sebelah abah meninggal.Innalillah.Bergegas kami ke rumah Paksu di Bt Gajah sebelum jenazah tiba dari hospital.. Sebelum sampai umah Paksu mama singgah beli bebarapa peti air mineral dan beberapa kotak biskut Tiger untuk dibawa ke sana….kot kot ada yang kehausan/kelaparan ..Seharian berada di sana.

Sedang sibuk mama di dapur sediakan bahan bahan untuk buat mandi jenazah Paksu ,serbuk cendana,kapur barus dan sintok nya, agak terkejut dengan tiba tiba emak(MIL) tergesa gesa suruh mama cek mayat Paksu yang terbujur di tengah rumah..“badannya masih panas kot Paksu kamu pengsan je ,nanti kesian dia di kuburkan hidup hidup ,”kata maksu sayu.

Mama peksa gak untuk memuaskan hati mereka .Nadinya , matanya nyata dah takada cuma panas badan masih terasa itu biasa untuk mayat yang baru.Tapi menatap wajah Paksu, senyumnya tetap berseri walaupun dah menjadi arwah…“Nampak abah macam dah legaaa betul berbanding masa sakit semalam..macam dalam lena yang panjang“, kata Intan, anak pempuannya yang sarat mengandung .Mama angguk setuju bila membaca sebab kematian di sijil mati walaupun selepas itu mama jadi tersangat sedih bila mengenangkan Paksu terpaksa melalui kesakitan akibat Strangulated Inguinal Hernia..Paksu yang mama kenang…cikgu pencen sebaya ayah amat baik orangnya..yang suka memanjakan anak anak mama terutamanya Along…hobinya gemar bertanam bunga ..pokok bunga kekwa pemberian Paksu pada mama tempohari ramah berbunga di laman rumah seramah Paksu yang gemar tersenyum.Sepasu bunga kekwa yang diberinya dah bercambah menjadi 3 pasu…Terima kasih Paksu..Jasamu dikenang.Cuma terkilan dan mama tak dapat menahan airmata bila bersalam dengan maksu hari tu..maksu bagitau, ” Dia nakkkk sangat berjumpa dengan kamu..dia nak tunjuk CT scan kepalanya yang dia buat hari tu…tapi tak sempat nampaknya'”.Mama memeluk maksu… hiba dan rasa bersalah rasa nya tak dapat menunaikan hajatnya… Mama ada syorkan dia pergi buat CT scan kepalanya sebelum itu bila mengesyaki dia terkena ‘mini stroke’ bila anaknya, Intan call mengadu abahnya pengsan tiba tiba dan berubah laku.Mungkin TIA (transient ischaemic attack).Dah jumpa dua tiga doktor semuanya kata abahnya ok saja.

Kami pulang selepas selesai jenazah Paksu disemadikan.Malam itu keluarga abah,emak(MIL) ,abah(FIL) dan adik adik abah,Ayang dan Acu bermalam di rumah…tapi mama terpaksa ke klinik selepas maghrib kerana dah janji dengan patient pagi dan petang tadi …Janji nak buka klinik malam tu.Habih lewat jugak..hampir waktu P.Ramlee nak nyanyi lagu Aci Aci Buka Pintu baru selesai…

Malam tu mama lumur minyak angin cap singa seluruh badan sebelum tidor…

RABU : Acu yang bekerja di KL bergegas pulang sebelum subuh pagi tu…Ayang, sekeluarga masih sudi bertamu di rumah ..dapat ler Arif, Azim dan Angah berlaptop dan berNitendo Wii dengan sepupunya lagi…Tengahari tu kawan fotopages abah Zamim dari Penang singgah bertandang..

KHAMIS :Adik mama, Zaharah sekeluarga 6 orang tiba dari Kedah.

JUMAAT :hari ni giliran Adik Zaharan masak di dapur .Mama?? mama kerja tau..Esok dah start cuti hip hip horrey..

SABTU-ISNIN:Berkampung di rumah adik mama di KL.Kemudian bercuti Ke KL-Genting-KL (citer lanjut entry akan datang).3MPV dan 1 SUV(mujur petrol taknaik harga lagik!) dengan 27 orang keluarga mama dan abah kecuali adik mama,Rohaya yang sayang betul nak tinggalkan Penang dan Bangunan KOMTARnya.Tau ler ada keter  masih berbungkus plastik.eehehe… .

RABU :semua keluarga dah kembali berkumpul di rumah mama.Petang nya bawa semua nya mandi manda kat Hot Spring Sg Klah bersama pelakon kanak-kanak Hikayat Putera Syazlan yang nama sebenarnya ,Fimie dan maminya yang baru kenal tapi mesra.

KHAMIS : Semuanya dah berangkat pulang.Sob!Sob! rumah jadi sunyi tiba tiba….

JUMAAT : Keluarga Fimie bertandang ke rumah.

Fimie yang sangat manja dengan Along di lokasi filem SEREMMM!