Paksu bapa saudara abah…pada usia 67tahun ..yang dimasukkan ke wad akibat serangan stroke sebelah badan sudah beransur pulih 2hari lepas..dah boleh makan… dah boleh bergurau dengan anak anak..Doktor di hospital daerah itupun dah bagitau mungkin dia akan dibenarkan pulang petang itu.Doktor cakap dia cuma kena minor stroke akibat darah tinggi tapi sekarang  dah terkawal pada tahap BP 130/80 .Kehadiran benjolan inguinal hernia yang tidak mendatangkan masaalah sejak 20tahun lalu doktor sedia maklum…

[Inguinal Hernia atau angin pasang adalah benjolan kat groin area yang terjadi akibat defect kat dinding perut yang menyebabkan sebahgian usus /taliperut akan terjerlus masuk ke dalam lubang itu.Keadaan ini takmendatangkan masaalah sangat pada pengidapnya kalau ususnya tu tak terhalang aliran darahnya..tapi kalau usus tu dah terpusing atau tercekik di lubang kecik tu kita panggil strangulated menyebabkan bekalan darah tak sampai kebahgian usus yang tercekik itu boleh menyebabkan mortality …]

Anak anak yang datang menunggu sebelum ini pun dah beransur pulang untuk kembali berkerja semula sorang demi seorang..yang tinggal cuma anak pempuannya yang paling rapat di sebelah rumah dan Maksu isterinya yang setia menunggu.

Tetapi…Wahai para doktor apakah sakit nya ini?!!!perutnya terasa sakit dengan tiba-tiba sejak 2hari lalu menjadi semakin kuat…tak dapat nak buang air besar..tak mau kentut.demam pun ada tapi kenapa?..mungkin jangkitan virus kata doktor…begitu ronta Paksu tiba tiba di dalam wad tidak dapat menahan sakit perutnya yang semakin bertambah kuat petang itu..tapi nurse yang ingatkan dia kena angin gastrik cuma bagi ubat air berwarna putih susu ( MMT) untuk diminum yang sedikitpun tidak dapat meredakan sakitnya..

Kerana ingatkan akibat stroke menyerang semula, Paksu yang meronta ronta di katil kesakitan diikat tangan dan kakinya oleh nurse yang bertugas.Jenuh meraung Paksu menjerit sakit yang bukan main main tetapi ubat putih tu juga yang disuapkan berulang kali…Wahai doktor …Apa diagnosisnya pada patient yang ada acute abdominal pain dengan kehadiran hernia ni????…walaupun strangulated hernia jarang terjadi tetapi tidak mustahil berlaku kan?..Susah sangat ke nak fikir diagnosis ini? Come on patient didepan mata dalam keadaan macam ni perlu urgent management..clinical finding lebih tepat dari menunggu lab investigation..dari menerka diagnosis yang pelik pelik. .patient dalam life-threatening condition ni..takut sangat ke nak merujuk pada pakar di hospital berpakar kalau kamu sendiri tak pasti apa masaalahnya???

Hingga lewat petang itu Paksu jadi lemah tiba-tiba..sukar nak bernafas..kelam kabut nurse peksa tekanan darah yang dah tinggal BP 71/50mmHg…(Apa ini?..patient in shock masih nak tunggu..).Masih tak dapat  diagnosisnya??.Kalau masa belajar medic dulu kamu ni terlepas bab acute abdomen itu bukan masaalahnya…kalau tak pernah jumpa kes strangulated hernia sebelum ini bukan alasannya…Tunggu…tunggu dan tunggu…hingga lewat malam baru nak rujuk ke hospital berpakar itu yang mama tak faham.Patient dah jadi macam sayur lembek baru nak hantar ke sana ?….

Tiba di unit kecemasan di hospital berpakar…doktor di situ masih keliru apa sebab patient dirujuk kerana diagnosis strangulated  inguinal hernia masih tak dikenalpasti didalam surat rujukan..careful medical history dan  clinical examination yang terperinci plus simple abdominal x-Ray pun dah cukup kan…Tapi apakan daya semuanya itu hanya dilakukan sudah terlambat..Paksu dah enggan membuka mata..bernafas pun dengan bantuan oksigen..tekanan darahnya semakin turun ..degupan jantung semakin lemah…

“Kami tahu ini sebabnya..tapi maafkan kami makcik….. kami takdapat berbuat apa-apa dalam keadaan begini…hanya tinggal 5% aje peluangnya..” doktor menunjuk filem x-ray abdomen kepada isterinya..

Tertulis disijil kematian…

Tarikh kematian : 28 Mei 2008 jam 9.10 pagi

Sebab kematian : Septic shock due to Strangulated inguinal hernia.

Mama rasa macam nak pergi strangle je doktor kat hospital daerah tu…