Hooray! cuti sekolah datang lagi..itu jeritan kita dulu dulu ler, tapi sejak bekeluarga ni ..cuti sekolah bermaksud mesti pergi bercuti? gitu ker.Budget untuk bercuti kali ni dah terbabas digunakan untuk perkara lain yang tak diduga.Berderai kaca cermin belakang MPV tu perlu diganti segera..Hehehe…Sabar je lah.

Pulak tu dah berangan- angan nak ke Kelantan..Serambi Mekah .Dah pakat dengan adik beradik yang lain nak bawa emak ayah serta keluarga bercuti ke sana ujung bulan ini (kecuali Along yang dah terprogram ke Sabah dengan mission Sunathonnya ).

Tahun lepas pegi 3hari takpuas rasanya bernostalgia zaman bertugas di sana…Kali ini memang mama berangan angan nak bawa mereka makan-makan kat restoran Sham yang sedap dengan masakkan Thainya di KB, nak merasa puas-puas nasi bungkus bercucuk paku Osman Loren yang sedap tu ..nak bersantai di hotel di tepi sungai Kelantan sambil menikmati matahari tenggelam…nak shopping keropok basah tu sambil melihat dengan kagum gelang dan rantai emas yang besar gedabak dipakai makcik makcik penjual sayur di Pasar Siti Khadijah( Pasar SK)..serta mencari nasi dage, nasik kerabu serta colek di sana untuk sarapan… tapi nampaknya tak kesampaian..

Maaf Puan semua dah penuh ditempah..sayup je bunyi gadis bahagian reservation hotel tepi sungai Kelantan tu bagitau mama 2 minggu lalu.Hampaaa…Jawapan yang sama juga diterima bila menalifon hotel hotel lainnya…Wah! ramainya yang nak bercuti ke sana……….tentu senyum hingga ke telinga peniaga kat Pasar Buluh Kubu dan Pasar SK.

“Kita duduk kat rumah tumpangan takkan tak ada kot?”cian cik Rohani, adik no.3 mama yang begitu teruja nak ke sana… Zam pulak last minute bagitau tak dapat ikut..ada tugas lain tiba-tiba ..ke seberang laut pulak.Tentu frust Hadif dan mamanya nak bercuti.

Jadi…Kita buat Plan B. Apa kata kita naik ke gunung pulak kali ini?..Boleh bermain salji, boleh merasa sejuk macam obersi..ehehe…Tapi bila cek…. hotelnya semuanya FULLY BOOKED! Alahai….takkan nak guna plan C?…wait n see…

Jadi ….duduk je di rumah main Nintendo Wii…Angah dah dapat status Pro untuk tennis mengatasi abahnya…..Tokabah plak mama ajar main golf tapi dia lagi terer..bila pukul bola tu bleh masukkan bola golf tu hole-in one!..Dahsyat kan??..

Itulah bagusnya game ini yang boleh dinikmati oleh semua lapisan umur…Wii bermaksud bermain bersama….

Tapiiii kesian gak kat ayah yang sms mama petang semalam…tanya apa plan cuti ni…tanpa beralasan mama bagitau “Jom kita gi KL nak?“.Mula nya ayah nak ajak jalan ke Melaka;nak pegi Zoo Melaka ! alahai….zooo oh nooo!… baik bawa gi shopping nak?..Ayah ceria bersetuju hahaha..ni mesti nak shopping beli baju..feberet ayah sejak dulu kalau kemana-mana mesti beli baju baru pastu siap gantung depan pintu..diperhatikan baju tu lama-lama setelah tu baru disimpan dalam almari ..

Ahad lepas naik ke Bukit Tinggi di Pahang singgah kat Colmar Tropicale,resort ala Paris di situ…..rupa nya nak masuk tengok pun kena caj RM16 hengget sorang; mujur kami berempat aje dalam rombongan ni… cantik juga tempatnya sesuai untuk berfoto walaupun kawasannya terhad di situ aje….