Pakcik 65 tahun meluru masuk dengan tangan menekan dada..peluh membasahi bajunya; diikuti dengan isterinya dari belakang…nampak bersahaja isterinya.Mungkin sakit biasa..mungkin angin kot katanya…Mungkin dia tak tahu apa yang di tanggung oleh suaminya..Inilah serangan jantung!!…

Pakcik diserang sakit dada dengan tiba tiba sewaktu menikmati minum petang di kedai bersama isterinya…Tapi sempat juga dia memandu ke klinik mama!!….Aduhai pakcik!….Pakcik ini cuma ada darah tinggi..paras kolesterol?? Taktau…kencing manis  takder..cuma gout ada sekali sekala..cerita makcik.

Cuba  tenangkan pakcik supaya bernafas sebaik mungkin dengan ubat yang patut, walaupun mama sebenarnya yang tak tenang bila mendengar degupan jantungnya yang kacau bilau  iramanya tu…mama hubungi hospital untuk dapatkan ambulan….Please ASAP pinta mama…dan mereka selalunya tak menghampakan patient mama…

Cuba eksplain semudah mungkin pada pakcik supaya dia tak panik…kadang kadang tindakkan kita yang keterlaluan boleh mencemaskan mereka yang diserang sakit jantung ni..

“Saluran darah ke jantung pakcik tersumbat sikit (agak agak je ni.. angiogram yang tentukan nanti).Pakcik jangan risau…. tadi saya dah bagi ubat supaya nanti saluran darah ke jantung pakcik terbuka ..jantung pakcik rasa selesa sikit .Cuma pakcik takusah bercakap banyak.. “terang mama.Drip dah dipasang..ubat dah diberi..segala galanya terserah kepada Allah untuk memberi peluang …

Kegelisahan mama menunggu ambulan agar pakcik ini segera dibawa ke hospital untuk rawatan sewajarnya tidak sedikit pun mengubah wajah bersahaja sang isteri.”Kalau tak tau lebih baik kah?”fikir mama .

Mama berdoa di dalam hati agar pakcik yang sedang terbaring di katil dalam bilik mama akibat serangan jantung ini tidak menambah statistik kematian akibat serangan jantung yang menjadi pembunuh utama di negara kita…

..Isterinya disebelah memuncungkan mulut memberi isyarat sesuatu kepada pakcik.Pakcik meraba poketnya yang kembung buncit tu.Mungkin perasan yang mama terlihat perbuatannya  senyum malu-malu makcik bagitau: ” tadi baru ambik duit kat bank..”…

“Legaa sikit dada ni”…. sempat pakcik bagitau mama sebelum ditolak pergi  atas stretcher  diiringi laungan azan Asar dari desktop mama.

Entah kenapa bulan ni ramai pulak pesakit yang datang dengan keadaan begini i.e mendapat serangan jantung  or ACS dan semuanya lelaki…!Pesan mama….. jika anda mempunyai keadaan ini .Peluang untuk mendapat serangan jantung adalah terrrrrrrsangatlah mudah!

Lelaki berbadan obese(gemuk=cek BMI), mempunyai darah tinggi , berdarah manis or diabetes or kencing manis , tinggi paras kolesterol (test darah baru tau..)..kurang bersenam, gaya hidup lembab/malas dan sentiasa stress.Dan satu lagiii..yang mulutnya sentiasa berbau rokok!..