To truly understand how Wii revolutionizes gaming, you have to try it for yourself. Quite simply, Wii is for everyone. The ease of use and interactivity of the Wii Remote and Nunchuk allows for a unique social gaming experience for the whole family. You don’t just play Wii, you experience it……ini pesanan penaja..yes! you experience it!..Game interaktif seisi keluarga…
Silapnya hari tu sales rep tu sibuk promosi TV plasma 42″ dipasang dengan game ini…Peliknya TV plasmanya tak laku tapi game yang dipasangkannya untuk demo tu yang laku..hahahha..silap strategi ni…
Abah sekarang dah ketagih semula bermain tenis..tak kira pagi ,petang atau malam..bila ada kesempatan abah akan kembali ke gelanggang…Dulu -dulu abah pernah menjadi juara tenis kebangsaan untuk jabatannya..tapi skillnya itu masih tak dapat diturunkan pada anak anak…
Arif pula dah semakin teror bermain bowling..hinggakan dapat mengalahkan PakTehnya yang kaki bowling tu …asyik strike aje…ehehehe mau tak tido malam Pak Tehnya mengenangkan nasib badan dikalahkan oleh anak bungsu mama ni…
Angah?…skill main golf nya semakin baik dari masa ke semasa…pukulan tangan kirinya memang selalu tepat pada sasarannya…
Azim pula minat ngan baseball sejak dari dulu..tapi sayangnya kayu baseball yang mama beli tak pernah digunakan…main bola dia tak minat..pernah terseliuh sekali bermain bola depan umah ngan kawan kawannya..sejak itu serik nak main lagi.Bila mama urut kakinya… mama seloro ngan dia bagitau yang urat kakinya dah putus…..hinggakan bila cikgunya pilih dia bermain untuk pasukan sekolah dia bagi alasan pada cikgu yang urat kakinya dah putus!!..kelam kabut juga cikgu minta penjelasan mama…
tapi kali ini dia dapat melepaskan geramnya untuk bermain baseball atau rounders….
Mama?…selalu ketinggalan dan kalah bila berlawan dengan deme ni..
Along?….ehehe..sori mendengar dari jauh je la nampaknya..Tukang kempen produk je..
Itulah penangan permainan baru yang telah mama belikan…. yang menjadi idaman Azim sejak dua menjak ini…Nitendo Wii yang patut dimiliki oleh keluarga….
May 21, 2008 @ 05:30:41
Salam….
Memang syok game tu bagi yang berminat. Kalau tak, masakan Hadif leh ketaq kepala tengok game tu.
Kepada yang ada duit lebih, belilah untuk keluarga anda.
Wassalam
May 21, 2008 @ 06:56:20
hmmm diorg dah dpt tu…abis la….baik mama simpan jer..heheh…nanti buku ntah kemana…study pun ntah ke mana…kalu x pun antar ke WII tu kat e-6-a cyberia,cyberjaya…hahahaahahah
May 21, 2008 @ 08:59:56
Sis Ila,
PakTeh! dengar pesanan penaja..
Along,
Sekurang kurangnya game ini mengurangkan masa mereka mengadap NOTEBOOK lelama..berpeluh gak hari hari..
nak antar ke sana?…errrr mana mungkin kata Angah.
Jun 19, 2008 @ 07:40:26
Somehow i missed the point. Probably lost in translation 🙂 Anyway … nice blog to visit.
cheers, Nightlife.