Selepas waktu klinik semalam berkikik kikik  telefon mama berbunyi baby ketawa menandakan  mesej telah masuk..mama biarkan saja tanpa melihat apa mesejnya kerana sibuk dengan kerja lain yang perlu diselesaikan sebelum balik.Tiba tiba serbu masuk ke empat empat staff mama dalam keadaan panik ketakutan..

“Doktor dah dapat mesej tadi?” soal salah seorang dari mereka.  OOOO…tadi mesej dari merekalah ya..

“Mesej apa?” soal mama sambil membelek belek mesej tadi.Tertera di enfon mama mesej berbunyi begini;

” Salam..

Kepada semua kawan2 yg dikasihi…

Jikalau anda mendapat panggilan telefon yang bernombor panjang contoh +62852731520946 dan nombor itu berwarna MERAH, diharap sangat gangan diangkat dan dijawap panggilan itu..

Ini kerana di Indonesia sekarang,sekumpulan penuntut ilmu hitam sedang menguji ilmu mereka melalui telefon…

Jika sesiapa yang menjawap panggilan itu, mulut akan berbuih dan dan akan mati selepas itu.. Di Indonesia sudah 9 orang yang dah meninggal dan malam tadi di Puchong, 2 orang yang telah meninggal…

Ini bukan semata2 cerita dongeng..ini benar2 terjadi..tolong sebarkan mesej ini….”

Boleh percaya ke ?” tanya salah seorang dari mereka lagi.

Sahih mereka ini juga telah telah percaya kepada mesej ini yang mama telahpun terima dari beberapa orang sebelum ini…Mesej karut seperti mana mesej  nak bagi duit percuma dsb sebelum ini…yang mama dah delete lebih awal sebaik menerimanya tanpa menduga bahawa ianya menjadi satu fenomena menggemparkan seluruh negara!.

Mama menjelaskan begini;

Mula mula nak tanya kamu semua …boleh ke LCD telefon ni keluar nombor berkaler merah? Entah ler kalau enfon canggih sekarang ni boleh berkaler kaler….

Kedua…percaya ke yang mereka semua itu boleh ambik nyawa kita hanya dengan panggilan begitu? Bukan setakat di Indonesia dan Puchong saja orang mati setiap hari tapi …dimerata rata tempat ada orang mati di China dan Myanmar beribu ribu orang mati..kalau kamu pergi tengok kat bilik mayat hospital boleh lihat setiap hari ada saja orang mati di situ.Mereka boleh dakwa yang orang tu mati akibat santau tapi apa buktinya…kita dah tak percaya dengan Tuhan ke yang menentukan hidup mati kita ?Jangan biarkan akidah kita rosak dengan kepercayaan karut begini.Tu gunanya ilmu yang ada pada kita untuk kita pertimbangkan sesuatu perkara tu ..bukan terus percaya.

Ketiga…terfikir tak kita yang dengan mesej begini membuatkan ramai yang percaya dan mula menyebarkannya …Ini boleh menguntungkan pihak tertentu dan mungkin ini strategi perniagaan mereka yang kita tolong membantu menambahkan keuntungan perniagaan mereka ..tak gitu?

Akhirnya mereka menggangguk lega….  hilang muka panik dan takut..Bagusnya staff mama ni mau minta pandangan kita tetapi bagaimana dengan yang lain ..yang terus percaya hinggakan  hidup dalam resah gelisah kerana percayakannya… dan terus menyebarkan dan sebarkan….

Itulah penangan sms santau yang rupanya hanyalah GURAUAN seorang remaja perempuan di Riau Indonesia yang mengaku berbuat demikian sekadar untuk bergurau dengan rakannya.Perkara ini telah didedahkan oleh Ketua Bahagian Umum Direktorat Jeneral Pos dan TeleKomunikasi Indonesia, S. Dewabrata kepada media yang mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah panggilan..Hingga begitu sekali penangan sms ni ..

Kan dah kata….