Hari ini 15Mei!….ingat lagikah kita tarikh ini?..Hari yang dianugerahkan khas untuk para warga pendidik.Cikgu yang mengajar kita menulis baca…TERIMA KASIH CIKGU…Selamat Hari Guru..Itu yang biasa kita buat..Doakan kesejahteraan guru kita, hormati mereka dan maafkan dosa nya yang mungkin pernah menyakiti kita..dan …..berikan cenderahati kepada meraka.Cenderamata ke cenderahati?mama pun dah konfius antar dua ni; kalau cenderamata kena beli barangan yang cantik di mata ler ya..then cenderahati mungkin kad ucapan dari hati ke hati sudah memadai.

Mungkin ini maksudnya cenderamata…”Cikgu pesan kalau nak beri hadiah, beri hadiah yang boleh digunakan..bagitau Arif pada mama semalam bila sedang mencari hadiah hadiah untuk gurunya..Mungkin ada benarnya pesan guru mungkin dari pengalaman lepas yang menerima hadiah yang kurang berguna atau kurang bermakna dari muridnya…walaupun itu yang termampu diberikan oleh muridnya…

Kalau nak bagi tudung jangan beri yang berbatu batu…nasib baik pesan cikgu Arif begitu..Rega tudung yang berbatu batu berkilau tu bukannya murah..Jadi semalam mama dan Arif membuat pencarian hadiah berdasarkan klu klu yang cikgu bagi….

Campur campur semua cikgu yang mengajar Arif, Azim dan Angah semuanya lebey kurang 26 hadiah perlu disediakan.Angah sebagai ketua pelajar tentunya paling sibuk kerana persiapannya 100% mereka sebagai pelajar yang siapkan… jadi bab mencari hadiah dia serahkan pada mama.

Abah tolong design dan printkan kad jemputan untuk cikgu..sediakan banner untuk sekolah.

Haaah! jadi semalam memang lepak gak nak membungkus hadiah hadiahnya …tapi itulah tugas wajib kebanyakkan mama bila anak anak menyambut hari guru kan…