Dulu cita cita memang nekad nak jadi cikgu…masa interview nak masuk Asasi pun konfiden je bagitau lecturer yang interview tu memang bercita cita nak jadi cikgu..tak pernah terlintas pun dalam fikiran nak jadi doktor..ye la kita sedar diri masa tu ..macam kata orang kalau kail panjang sejengkal jangan nak duga lautan dalam…Haaahaha masa tu memang SPM result memang cukup makan je…masa mohon masuk Pra-U pun target nak masuk UTM je..rasa diri ni tak layak nak minta masuk universiti tertua di Malaysia tu.Dulu dulu nak masuk U kena interbiew dulu…Penemuduga dari UM masa tu siap perli mama lagi…

Hah! dengan keputusan macam ni awak nak berangan masuk U kami” eksen benar dia macam ler U tu dia punya…

Tapi itu result masa peksa je tuan.bukan bermakna saya tak boleh buat yang lebeh baik dari tu bila diberi peluang ” spontan je mama jawab..alang-alang tak bagi kita masuk biar ler kita pun tunjuk eksen juga.dia taktau ke keputusan peksa hanya menggambarkan berapa peratus je kepandaian dan kebolehan kita masa menjawab ….Dah tu masa peksa SPM ayah masih sibuk dengan menanam padi di bendang ..yang kadang kadang dia terlewat nak ambik mama ke sekolah; bila masuk bilik peksa kawan kawan dah duduk menjawab dah hampir separuh masa yang diberi…Tapi malas ler nak stori kat dia.Bukan boleh ubah result SPM mama pun.

Sementara menunggu tawaran…. mama di tempatkan di sekolah baru…Sempat  ~ 2 minggu gak merasa berada di tingkatan 6 kat Kolej Sultan Abdul Hamid tu…oleh kerana  dah biasa dengan sekolah kaum sejenis di Sultanah Asma(SMSA) tu ..berada di KSAH  rasa macam mamun je kat sekolah ni yang ramai jejaka hensom macam Tokasid di situ.

Setiap hari sorang demi sorang kawan kawan yang pergi setelah mendapat offer masuk pra-U; tinggal la kami dua orang je pelajar pempuan yang tak dapat apa-apa…Hujung minggu tiba tiba ayah datang dengan sampul coklat di tangan….dari UM..daftar diri keesokkan hari! tawaran masuk buat pra-U kat UM akhirnya ! macam tak percaya je…

Dua tawun buat Asasi cita cita nak jadi cikgu masih kuat di hati..kalau ada program baktisiswa mama ambik kesempatan mengajar anak anak di pendalaman konon nak asah bakat jadi cikgu nanti.Tapi bila nak isi borang pilihan pengajian untuk sarjana di akhir asasi..Dua orang pensyarah Fizik mama cadangkan mama buat MBBS untuk pilihan pertama…dan tak lama selepas tu ketaq tangan bila tunjuk kat ayah surat tawaran masuk medik.Rasa macam buat silap masa isi borang dulu…nak jadi cikgu bukan doktor..Nak tukar kursus..takmau medik..

Tapi mak kata “ayah hang kata… kalau hang jadi doktor kalau dia mati pun pejam mata rapat” kata kata mak mematikan terus hasrat mama nak tukar kursus.

Lepas tu baru mama tau kenapa ayah modified bilik nya macam tu sejak lama dulu..ayah yang pandai bertukang rumah telah mengubahsuai biliknya sekali pandang macam klinik.Dia selalu bagitau mama dia nak tiru macam interior klinik milik bekas PM kita, Dr.Mahadhir di di Alor Setar tu… siap ada cermin kecik seperti kaunter ubat macam di klinik … rupa rupanya memang ayah berhasrat anaknya menjadi doktor dan memiliki klinik sendiri walaupun hasratnya itu takpernah dibagitau mama..Mungkin dalam doanya entahlah….