Suddenly mama tersenyum sumbing melihat air kolam baru berukuran 26 kaki x 4 kaki X 2 kaki di luar rumah sudah bertukar warna..Alamak!dari jernih beransur menjadi hijau! Sesuatu yang dijangka berlaku.Masaalah utama nak maintain air kolam menjadi crystal clear senantiasa rupanya sesuatu yang sukar dengan kehadiran ikan ikan di dalamnya..Bahan buangan ikan (i.e ikan akan PU n BO ), makanan ikan , pancaran cahaya matahari merupakan medium terbaik untuk pembiakan Algae..makhluk yang berjaya menghijaukan air kolam mama.Ikan ikan di dalamnya sudah kurang jelas kelihatannya..ohhhhhh!….Tambahan pulak dengan anak anak jiran yang sebaya Arif yang yang suka masuk mengharung dan cuba menangkap ikan ikan yang ada dan menyebabkan bunga teratai mama terlentuk patah tangkainya sebelum berkembang!….Lagi ler keruh air tu dibuatnya.

Siapa yang menceroboh kolam auntie tadi? tanya mama pada anak anak jiran yang berlegar disekeling kolam mama pada suatu petang sewaktu mama pulang dari kerja.Ada dua tiga orang dari mereka yang masih bersinsing kaki seluar yang hampir basah mungkin suspek utama..tapi tak berani mengaku….

Anak anak ini macam mama kecik kecik dulu ler memang suka melihat ikan ikan gini… dulu mama juga berkesempatan mencari anak ikan karin atau ikan laga yang menyorok di bawah rumput di selarong atau di bendang tetapi bukan di dalam kolam rumah orang….Tapi itulah kanak kanak…Mereka pun tentu teruja melihat anak anak ikan yang banyak tu seperti mama yang terbeli banyak kerana agak murah…Apek tu jual kat mama RM10 untuk 80 ekor anak ikan lekoh tu…anak ikan yang selalu dibuat umpan oleh pemancing…Murah kan? Jadi mama isi ler RM30 = 240 ekor semuanya! mana tak padat dengan hasil buangan mereka yang menjadi pujaan Algae hijau tu.Haaa!Satu pelajaran baru untuk peminat kolam ikan..jangan padatkan penduduk kolam sebab dengan cepat Algae akan menghijaukan air nya…!dan kanak kanak akan menambahkan keruhnya…

OK esok petang tungguuuuu sini hingga auntie balik kerja dulu kita beri ikan makan …tapi jangan masuk dalam kolam tau.Dan jangan tangkap anak ikan tu sebab nanti emaknya sedih anaknya dah takada “pujuk mama supaya mereka tak menodai kolam mama.Sayang tau tengok bunga teratai yang terkulai layu sebelum berkembang di pijak mereka… isk!isk!….Dan esok dan esoknya mereka hanya berlegar disekeliling kolam menunggu mama pulang dan sama sama kami memberi ikan makan ramai ramai……sambil mama memikirkan idea camna untuk menjernihkannya airnya kembali.