sambung citer my green water pond..

Jangan ingat mama boleh senang hati melihat keadaan kolam tu..Tiba tiba mama jadi gundah gulana tengok ikan yang samar samar je dalam kolam yang airnya hijau tu.Nak tukar air hari hari ?Mana mungkin?…Tak selesai masaalah jugak.

Mama dah kurangkan populasi ikannya dengan memindahkan sebahgian ikan ikan itu ke kolam lain..Kolam lain yang mama maksudkan itu dah berusia hampir 5 tahun, airnya sangat jernih hinggakan ikan laga yang mama bela tidak dapat menyembunyikan dirinya lagi kalau tidak disebabkan oleh kehadiran pegaga air yang merimbun itu….mungkin ekosistem di sini dah stabil kot.Mungkin dah ada bakteria pemakan algae yang tolong mengurangkan koloni algae/lumut di situ dan 2 ekor ikan sapu sapu yang dah besar macam jet pejuang Amerika memang sentiasa membantu menyapu bersih lumut di situ.

Jadi …antara perkara perkara berikut telah dilakukan untuk membantu menjernihkan kolam hijau tu…Kalau sahabat yang ada pengalaman ..sila sila berkongsi ilmu ehehe…free consultation boleh kan?

percubaan pertama: abah dah  install UV filter…

percubaan kedua : mama angkut batu batu dari dalam kolam lama  yang dah jernih airnya…mana tau kot kalau ada bakteria baik melekat di batu batu tersebut yang dikatakan boleh memakan algae ini..Semalam sorang kawan bagitau cari EM bakteria? yang boleh berfungsi serupa.Ni nak kena tanya pegawai kat Jabatan Perikanan…mereka tentu tau makhluk yang bernama EM bakteria ni…

percubaan ketiga : menambah bilangan ikan majlis daerah or ikan sapu sapu yang memang hobinya membersih lumut…Haa..awak buat kerja elok elok ye.Pesan mama pada ikan sapu sapu tu jangan malas kerja  macam bos hang. Errr…macam perli je..mungkin itu fikir ikan sapu sapu..Ehhehe..kita tunggu dan lihat.