Semua kita punya ibu..atau mak..ummi.Jangan mendakwa anda tidak punya ibu sesuatu yang mustahil berlaku…hatta anak-anak berudu di kolam mama pun punya ibu..

Mama beruntung masih punya kedua -dua ibu yang masih ada ,sihat dan masih boleh ligat ke sana sini…Ibu sendiri yang mama panggil “mak” dan sejak 20 tahun lalu dapat seorang mak mertua yang juga dipanggil “mak”.Kedua duanya insan yang sangat dekat di hati mama.

Mak di usia 63 tahun masih segar ingatannya..kuat pendengaran …..masih punya anggota yang masih berupaya dan berfungsi sepenuhnya..Alhamdulillah…sesuatu pemberian Allah yang sangat mama inginkan ketika berusia begini nanti. Tiada penyakit kronik setakat ini.Walaupun mak hanya berpendidikan sekolah dewasa..menjadi surirumah sepenuh masa…Mak sentiasa cuba up-to-datekan pengetahuannya seiring dengan teknologi terkini..

Masih ingat lagi ketika ayah sakit kuat dibawah jagaan mama di sini suatu ketika dulu ..emaklah yang mengupdatekan perkembangan kesihatan ayah kepada anak anak yang lain..dengan henfon kameranya dia akan menghantar mesej bergambar keadaan ayah terkini kepada anak anaknya.Laju jarinya menulis mesej dihenfon mengalahkan anak remaja kini…last last emak pening sebab terlalu asyik menulis mesej dihenfon yang kecik tu…mata mak perlukan spek membetulkan imej nya dan mak terus berhubung dengan kami anak beranak dengan smsnya…

Awal tahun ini emak dah beli laptop berkamera seupaya dapat berYM dengan anak cucunya…”hahaha Tok dah maju” kata Azim.Tengoklah mak yang sibuk depan komputer ni…

Mak mengajar kami tidak kedekut dengan rezeki..sentiasa berusaha menjadi tangan yang memberi tanpa mengharap apa apa..Kalau tidak masakan emak akan bancuhkan teh yang kaw kaw pada buruh-buruh asing yang berpeluh keringat memasang tiang letrik di depan rumahnya suatu ketika dulu; hidangkan nasi berlauk ikan sepat kering dan gulai cair ikan haruan jika ada yang tumpang berteduh rehat di depan rumah di waktu tengahari..

Jarang tetamu yang bertandang pulang dengan perut yang kosong…walaupun ditengahmalam mak pastikan akan kejutkan kami menyediakan makan nasi dan lauk untuk tetamu yang datang….hinggakan mama sekarangpun terikut ikut…Banyak kita belajar bila kita menjadi tangan yang memberi..Apek tua yang bina pagar mamapun baru baru ini terkejut mendapat makan tengahari dengan pencuci mulut sekali tetapi agak tersentuh hati mama bila dia tergesa gesa bawa pulang bekal makanan yang diberi untuk makan bersama familinya….katanya “Makanan ini terlalu banyak untuk dimakan seorang diri” .Terpana seketika mama memikirkan 5 ketul rendang ayam,satu tupperware nasi dan segenggam sayur beserta telur dadar yang mama bekalkan adalah terlalu banyak untuk dimakannya seorang…

MIL(mother in law), 67 tahun..juga mama panggil emak..sangat ramah petah dan kepoh berbicara.Kehadirannya meriuhkan suasana..ramah menegur siapa saja dari budak kecik hingga orang tua semuanya memanggilnya Opah saja.Ayah mama pun memanggilnya opah walaupun umur mereka berdua sebaya, adik adik mama pun memanggilnya opah hinggakan anak anak saudara mamapun beropah dengannya.Begitu mesranya dia dengan keluarga mama..Sangat menghormati dan berterus terang orangnya…Anak anak (termasuk menantunya ler..ehehhe) dan cucu cucunya adalah orang yang sangat penting dalam hidupnya..tapi kemana pergi nama ALONG je yang disebutnya dulu..Ini my MIL dan FIL.

sempena Hari Ibu..dikala ada anak anak yang menyambut hari ibu dengan mengenang ibu yang telah pergi mama masih bertuah kerana masih memiliki keduanya…Kedua dua mereka ini penyokong dan pembakar semangat dalam hidup mama..setiap perkara yang dibuat pasti mereka akan berkata..”Insyaallah… buatlah mak merestuinya.Mak akan mendokan yang terbaik untuk anak anak mak“..Terima kasih mak .Kau memang ratu hatiku.SELAMAT HARI IBU