Benarkah golongan doktor paling ramai mengalami masaalah depression hingga membawa kepada membunuh diri?Kajian di Amerika telah memberi gambaran yang kurang enak dan perlu ditangani…

Haaa jangan taktau kerjaya ni memang agak menuntut komitmen fizikal dan emosi kita sepanjang masa..kerja yang memerlukan kita supaya sentiasa mengawal emosi bila berdepan dengan pesakit dalam apa jua keadaan..So kenalah pandai mengawal perasaan dan meletak tekanan perasaan pada perkara perkara yang lebih positif dan lebih konstruktif….. jangan destruktif seperti mengambil nyawa sendiri…Sedih juga bila dapat tahu selalunya para doktor adalah golongan yang paling berjaya membunuh diri sendiri..Kenapa??? mungkin disebabkan mereka lebih tahu mana ubat dan cara yang paling berkesan untuk melakukannya…

So camna kita sebagai doktor dan juga seorang Muslim mengatasinya…sentiasa berlapang dada, memaafkan, beri peluang kedua, IKHLASkan perbuatan dan tinggikan tahap SABARRRR terhadap sebarang perkara .

Relakskan minda dengan melihat dan menikmati ciptaan Tuhan dengan menggunakan semua pancaindera yang ada…Jadi jom kita melihat pokok dan bunga di sekeliling kita… yang ajaib nya Allah turunkan hujan yang sama kandungan airnya; tumpah airnya di bumi menghasilkan pokok yang berbeza bentuk dan rupa, bunga yang beranika warna, bentuk dan baunya..menjadi makanan kepada makhluk bernyawa yang berbagai khasiat dan nikmatnya..Itu baru mukhadimah ehehehe….. jom kita ke laman mama.Relakskan minda…

Mama memang berazam nak menanam sebanyak mungkin jenis bunga berbau harum di laman mama. Peliknya ada yang melarang mama menanam bunga bunga yang berbau begini di laman rumah.

Eeeee tak takut ke ….ada benda terbang datang kat umah malam malam nanti..begitu usik jiran dan rakan..Persepsi kita sejak dulu bila tercium bau harum di malam hari menghalang kita untuk meletak pokok berbunga harum di depan rumah.Tetapi tidakkah benda benda yang paranormal ni suka benda benda yang busuk?…Entah ler…Tetapi hati ini lapang rasanya bila dapat menghidu bau bau harum bila berada di laman rumah.Sekurang kurangnya dapat mengatasi bau busuk dari kandang b*b* yang selalu menerjah ke hidung bila dibawa angin dari kampung seberang.

Jom kita berkenalan dengan bunga bunga di laman mama…

Melur or Jasmin yang agak malas berbunga, pokoknya bantut jenuh dipujuk baru keluar sekuntum dua bunga putihnya.

,

Bunga  kemuning or Murraya selalunya dibonsaikan..baunya harum di malam hari.Jangan pandang belakang kalau berbau di waktu malam…eeeeeeeeee

Sepokok kenanga yang ramah berbunga sentiasa…pasangannya dalam pasu yang lain mengalah …enggan hidup bersama..daunnya luruh satu persatu yang tinggal batangnya saja yang cuba mama transfer ke atas tanah pula untuk diselamatkan..

,

Haaaa….yang ini memang mama sangat terkesima dengan baunya yang lembut harum seperti pandan; my feberet bunga kerak nasi or kesidang dengan jambak sulungnya..rakan-rakan dari speciesnya yang sama dalam 5 pasu yang lain masih malu-malu untuk berbunga walaupun dah diberi baja yang sama.