Hari ni hati mama geram! geram mendengar keluhan ibu ini..punya anak yang menyusahkan mak bapa sendiri..dah dihantar belajar kat IPT elok elok..belanja belajar pun terpaksa pinjam duit MARA tapi dek kerana pengaruh $$$$$$ lupa diri.Belumpun habih belajar dah nak berniaga…Kononnya nak berniaga melalui internet, percayakan cakap kawan yang menjanjikan pulangan lumayan sanggup minta duit berpuluh ribu dari maknya untuk dilaburkan dalam bisnes mayanya…bisnes internet yang belum tentu berjayanya.Anak ni menuntut 36K!,….36K bukan nilai yang sedikit untuk disediakan oleh ibu ini yang hanya kerani biasa.

Mana maknya nak cari duit sebanyak itu..kalau anak ini terbaca citer ni cuba fikir sikit….hutang kereta belum habih, rumah belum ada masih menyewa? mak kamu baru sedang mencari tapak untuk membina umah sendiri..belum berpeluang merasanya lagi ..Kamu tak tahu susahnya dia menyimpan sedikit sedikit untuk bekalan di hari tua nanti.

Semalaman ibu ini menangis; dadanya sebak dan sakit..terkenangkan anaknya yang tak mau lagi bercakap dengannya bila dihubungi..kononnya merajuk sebab permintaannya tidak di penuhi.Hati ibu jadi sedih..jadi pedih bila satu satunya anak pempuan kesayangannya berbuat begitu.

Ibu ini.. dah la punya dua orang aje, anak yang telah ditatang bagai minyak yang penuh sejak kecik..bila jadi begini; dia jadi sangat takut akan kehilangan anak yang satu ini…Tapi mana nak cari duit 36 K untuk melembutkan hati anak yang dah keras menggugut ibu ini? Hari tu dah bagi RM1K kononnya nak buat modal berniaga..pastu nak 2K nak beli laptop tapi kawan dah lesapkan duit tu katanya .belanja bulanannya lebih tinggi dari yang biasa dihabiskan untuk sekeluarga.nak ke salun meluruskan rambut la..nak cuci muka la, nak urut badan di SPA la…ni dah hendak RM sebanyak itu pulak..Cakap anak inipun dah semakin kasar dengannya…kata ibu ini yang semakin laju airmatanya  bila bercerita.

Ni anak tak sedar diri ke apa..awak tu dari kampung,bukan dari keluarga beruang (dibaca berwang )..yang nak menguruskan badan (bukan nak kuruskan badan) macam artis tu kenapa?.Dah tak reti nak cuci rambut sendiri ke?Dah lupa nak gosok daki di badan sendiri hingga perlu pergi ke spa tu?emo!…emo!…mama kali ini.

Hari ini, ibu ini tak dapat nak kerja; mata dah bengkak..kepala dah pening tak lelap tidur, dada dah sesak berdebar tak tentu rasa ..citer citer dalam akbar tentang anak gadis ditangkap membawa dadah di luar negara seperti bakal terjadi kepadanya..Bimbang…dan sedih silih berganti.Anak di kampus masih tidak memahami..asyik berjoli.

Apakah ini Malim Kundang atau Si Tanggang versi XY di zaman ini?