Semalam seorang bapa mati dipukul kerana di sangka mengintai anak dara orang yang rupanya nyata tersilap orang.Hari ini dalam akbar berita harian….sayu mama melihat keluarganya yang daif di rumah sewa yang hampir menyembah bumi hilang tempat bergantung.Isterinya yang masih dalam pantang menjadi janda dengan anak bungsunya yang baru berusia sebulan menjadi yatim tiba tiba…

lihat di sini…( nak paste kat sini tak keluar plak gambarnya)

http://www.bharian.com.my/Gambar_Pilihan_BH/gambar_498/zoom

FAZILAH Muhammad, isteri Hatib Leman yang maut dipukul kerana dituduh mengintai anak dara, duduk bersama anak-anaknya merenung masa depan di depan rumah yang daif di Kampung Belakang Kilang dekat Kuala Perlis, semalam. Dalam kejadian Sabtu lalu, Hatib yang sedang bersantai bersama keluarga sambil menonton televisyen terbunuh selepas diserang oleh sekumpulan lelaki. Kumpulan penyerang yang dianggarkan lebih 20 orang melarikan diri selepas polis yang dihubungi tiba di tempat kejadian. Mangsa yang parah dan tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan disahkan meninggal dunia jam 3.45 pagi kelmarin.

Semalam juga mama merawat seorang anak muda,seorang jaga yang di pukul di dalam gelap sewaktu pulang dari kerja yang nyata dia sendiri tak tau apa salahnya.Adakah ini kes silap mangsa juga?…Wallahualam.

Hari ini seorang lagi mangsa dipukul hingga patah tulang rusuknya kerana mempercayai tilikan bomoh** yang menuduhnya mencuri duit hantaran keluarganya…

Walau apapun kesalahannya adakah wajar kita menghukum orang dengan cara begini?…Apakah ini balasan yang setimpal untuk mereka sebelum dapat dibuktikan mengikut undang undang biasa? Gedebe*(bahasa Klate) sangatkah kita?

Perbuatan geram kita yang mengikut perasan marah pada saat kita kehilangan sesuatu kadangkala tidak setimpal dengan kesalahan ‘mangsa’…yang kadang kadang boleh menyebabkan kita boleh bertukar menjadi lebih kejam dari mereka hinggakan kita tidak sedar boleh menjadi ‘pembunuh’ pula!…

** seorang makcik di kampung mama mengaku tidak bertegur sapa dengan kakaknya sendiri hingga kakaknya meninggal pun tidak diziarahinya… kerana percaya tilikan bomoh yang menuduh kakaknya mencuri rantai besarnya macam tali sauh tu…tetapi tersentap hatinya menyesal bila menjumpai semula rantai itu terselit dicelah katil tidurnya sendiri dan bukan dicuri kakak yang dahpun pergi!. Menangis seumur hiduppun tak akan dapat menghapuskan tindakan kejam menuduh tanpa bukti….Adakah kerana harta kita yang hilang itu sama harganya dengan nilai ikatan kekeluargaan yang kita leraikan begitu? dan wajarkah tindakkan kita menghukum begitu?…

Hatta seekor kucing yang mencuri ikan kita untuk makanannya hari itu..adakah perlu kita memukulnya separuh nyawa…atau biarkan saja kerana itu mungkin rezekinya? Berlapang dada ..jangan biarkan marah menguasai tindakan kita…menyesal kemudian tidak berguna..