Nak sambung cerita balik kampung tempohari….

Kebetulan ayah bagitau bendang belakang rumah nak ditabur benih padi keesokkan harinya.Jadi peluang terbaik nak tunjuk pada anak anak camna nasi yang mereka makan itu dihasilkan…dari padi menjadi beras,dari beras menjadi nasi…..Kecik kecik dulu merasa le buat kerja begini..mencabut anak padi untuk ditanam,pastu membantu emak menuai padi..masa tu upahnya air menet(lemonade ) sebotol dan seronok rasanya bergelumang dalam selut lumpur tu.

Sambil tu boleh cari ikan keli,ikan haruan,ikan puyu. dan ikan sepat yang terperangkap dalam selut ..tangkap ngan tangan aje.Kalau jumpa lubang dalam tanah selut tu main selok aje ..pasti ada ikannya.Tak pikir takut terpegang kepala ular senduk/cobra yang habitatnya di situ.Ye la masa tu mana fikir benda benda tu semua.Pulang nanti kat rumah, emak akan buat gulai ikan haruan, goreng ikan sepat garing rangup then makan ngan nasi panas panas dari hasil titik peluh sendiri…

Inilah rezeki kami sekeluarga…Nasi dari beras bendang sendiri yang ayah akan hantar seguni ke kilang untuk di kisar,yang akan susut separuh guni menjadi beras..disimpan di dalam tong padi di bawah rumah untuk bekalan sehingga musim padi berikutnya…sekarang dah lain..dapat padi terus jual ke kilang .. ..nak makan nasi kena beli beras BERNAS! bila baca krisis kekurangan makanan teringat cara orang dulu simpan stok makanan rujinya..Adakah kita perlu kembali ke cara begitu?

* Azim masih belum bagitau mama sebab sebab krisis makanan dunia berlaku dan bagaimana nak atasi masaalah-ini tugasan homework yang mama berikan pada dia semalam…jangan buat buat lupa ye..

Sekarang di kampung..kerja menanam padi dah jadi mudah..rata rata pesawah dah tua dan uzur ..anak anak dah tak mau kerja sawah lagi ..banyak dah berhijrah,Jadi terpaksa menggunakan kaedah 3T..(Tabur,Tengok,Tuai)

Di kampung baru baru ni..pagi pagi selepas Subuh mama dan abah dengan kamera masing masing mengikut ayah ke bendang belakang rumah.Cucu cucunya Azim,Arif,Kak Anis, Dikna dan Mat membantu membawa benih padi ke bendang ..Pastu posing di batas sawah di tengah sawah bendang ….

Ni bunga kucai yang emak tanam..camni rupanya

Nikmati pemandangan sewaktu matahari sedang naik di tepi sawah bendang…

Ini keadaan sawah/bendang yang sebelum benih disemai.Rombongan cucu cucu membantu..

Nun ..hujung tu Hospital Sulltanah Bahiyah yang menjadi jiran baru kampung kami.

Ini rupa benih padinya…

dan anak padinya

Adik ayah, Pak Ndak Man tolong taburkan benihnya

Ayah dah di larang turun kerana MC oleh doktor peribadinyanya ( ehehe…mama ler tu…) setakat pantau aje ditepi sawah walaupun ayah ketagih sangat nak buat sendiri..

Ini cucu cucunya yang tembon dan tembam; terbukti padinya menghasilkan beras yang berkualiti kan? hehehe…