Buku yang mesti dibaca!..itu komen mama bila selesai membaca buku Reaching for the Stars terbitan MPH Bookstore hasil tulisan Sheikh Mustapha Shukor; adik angkasawan negara,Dr SMS(Sheikh Muszaphar Shukor).Buku ini mama sempat habiskan sepanjang perjalanan menghantar Along pulang ke Cyberjaya.Entah kenapa bila membaca buku tersebut kandungannya cukup menyentuh hati ,tak terasa airmata menitis walaupun mungkin bukan tujuan pengarangnya berbuat begitu.

Semasa mama sekeluarga pergi bersantai di Jaya Jusco Sabtu lalu,Azim yang sangat sangat mengkagumi angkasawan Dr. SMS , tidak melepaskan peluang untuk memiliki buku ini bila terpandangkan gambar besar DrSMS mempromosikannya di kedai MPH di situ

“Belilah ..niat sedekahkan untuk anak anaknya” kata mama bila Azim senyum senyum sambil menunjukkan pada buku yang di pamerkan di cerminkaca kedai MPH itu.Memang itu hasrat Dr SMS ( baca di sini http://drsheikhmuszaphar.multiply.com/reviews/item/98) ,katanya hasil jualan buku tersebut akan digunakan untuk biaya pelajaran anak anak arwah adiknya yang masih kecil; Sheikh Aiman,3 tahun dan Siti Balkish, 18 bulan.

Kisah berkisar tentang kekaguman seorang adik terhadap kejayaan abangnya( Dr SMS) yang berjaya mencapai cita cita menjadi angkasawan negara..rasa bangga seorang adik terhadap abangnya diterjemahkan dengan menulis sebuah buku menceritakan detik perjalanan abangnya ke angkasa dengan niat untuk dihadiahkan kepada Dr Sheikh Muszaphar pabila dia kembali dari missionnya tetapi hasratnya tak kesampaian bila dia meninggal dunia sebelum sempat mereka bertemu kembali.Dia jatuh terhantuk di sebuah restoran dan koma hingga meninggal kemudiannya(sangat tragiskan?).Arwah bercadang nak tanya abangnya macamna dia bersembahyang diangkasa?tak tercapai hasratnya….Memang agak kebetulan bila dia terjatuh dan koma terjadi pada hari abangnya landed di bumi….dan tentunya kata-kata Dr Sheikh “I have found my life in space but lost a life upon return” dapat menggambarkan bagaimana hubungan mereka.

Ini gambar lima bersaudara, kiri sekali Allahyarham Sheikh Mustapha Shukor ;adiknya Dr. Sheikh.

Yang sangat mama kagumi nilai kekeluargaan yang dipaparkan dalam buku ini.Ia menterjemahkan hubungan akrab antara adik dan abang,bagaimana hubungan ini tidak dicemari dengan sikap cemburu atau irihati atas kejayaaan saudaranya seperti yang biasa kita baca.Kisah sebuah keluarga yang bercita cita tinggi penuh dengan tujuan hidup,bertimbangrasa, sepakat, bertanggungjawab terhadap sesama sendiri dan berbuat sesuatu atas dasar kekeluargaan…Bersatu mengecap kejayaan dan bersama membantu bila tiba waktu berduka…

Jadi pada yang belum memiliki buku ini ..cepat ke MPH sebelum terlambat! cuma RM20..cari nilai kekeluargaan di dalamnya.