Sedang mama membuka pagar ketika balik dari kerja tengahari tadi, tiba tiba Ariff yang baru balik dari sekolah berlari turun dari kereta Abah mendapatkan mama.Sambil menangis dia memeluk mama,” Mama tadi ada budak mati kat depan sekolah Angah.Kesian kat dia, kepala dia pecah….eeee “…..cerita nya lagi.

Cuba mengawal rasa terkejut”Tak apa budak mati nanti masuk surga“pujuk mama meredakan tangis Arif.

Sambil memeluknya kembali ,mama pimpin Arif masuk ke dalam rumah.”Apa ceritanya?’ tanya mama pada abah, Arif menutup mukanya dengan kusyen duduk terperosok dicelah sofa seolah olah tak sanggup mendengar cerita abah.

Tadi masa nak ambik Angah balik sekolah..segala galanya berlaku begitu pantas…tak perasan sangat apa yang berlaku tiba tiba ternampak ada budak sekolah dan ibunya dah terbaring di atas jalan ,kedua duanya terjatuh dari motor yang dibawa ibunya.Abah cuba nak tolong angkat budak tu..Bila angkat masya’allah!dah terkulai ,bersembur darah dari kepalanya yang masih bertudung, hancur sebelah mukanya.eeeee ngeri!’ Abah bercerita .” kena langgar ngan lori“.

Emaknya hanya mampu memeluk memanggil anaknya berkali kali ,Bangun nak!bangun Ain!.” Berderau ngeri membayangkannya.Betapa hancur luluh hati ibu bila melihat keadaan anaknya begitu…Hanya dalam beberapa saat tadi anaknya yang diambil pulang dari sekolah tadinya masih sihat ceria membonceng motornya tiba tiba sudah tak bernyawa lagi… Jadi tengahari itu jalanraya di depan sekolah Angah sesak dengan orang ramai yang berkerumun nak melihat kejadian itu,tapi yang berlari datang serta merta berundur tak sanggup melihat keadaan kanak kanak malang itu.

Tengahari itu Arif takmau makan,matanya masih merah berair. “Kanak-kanak kalau mati terus masuk surga.Mungkin masa kejadian tadi malaikat dah ambik nyawanya dulu jadi dia tentu tak rasa sakit walaupun kepalanya dah pecah macam tu.Arif tak nampak dia menggelupur atau menjerit sakit kan?“.sambil berbincang di meja makan mama cuba meyakinkan Arif yang budak tu tidak lah sesakit seperti dasyatnya kecederaan yang dilihatnya.

Kalau mati eksiden kira dia mati syahid kan mama?“soal Azim yang selalu kepoh dimeja makan.

Ya..lagipun dia kan baru balik dari berjihad…belajar tu kira berjihad la juga ..berjihad mencari ilmu“balas mama sambil menjeling pada Arif yang dah mula bangun ke meja makan.Kesian anak mama ni tentu trauma dia dengan kejadian itu.

Petang itu mama arahkan staff tutup klinik cepat sikit.Hasrat hati nak ajak staff pergi menziarah jenazah kanak kanak itu.Abah terpaksa ke KL tengahari tadi..nak ambik Along balik bercuti seminggu.Hari dah beransur mendung …tiba di rumah si mati ,…mama lihat orangramai penuh melimpah hingga ke kawasan luar rumah teres setingkat itu.Kanak kanak pun ramai ,mungkin kengkawan simati yang menunggu untuk menatap wajah kawannya buat kali terakhir.Cikgu sekolah pun ada…Rupanya kanak kanak perempuan ini,anak pempuan tunggal dari dua beradik,pelajar tahun 2 dan merupakan pelajar pintar di kelasnya, preksa selalu dapat nombor satu ,cerita neneknya yang terlentuk memeluk mama.Terdapat satu kemah kecil siap bertutup dengan tirai/langsir dijadikan tempat untuk memandikan jenazah….Kebetulan mayat baru sampai dari hospital, belum dimandikan..masih terbaring dalam palung yang tersedia di situ.

Kesempatan ini mama ambil untuk menunaikan fardu kifayah untuk anak malang ini, sambil menyinsing lengan baju mama mohon kebenaran dari makcik yang akan memandikan jenazah untuk turut sama membantu ….

Lukanya dari kanan kepalanya merentas kening serta dahinya telah dijahit rapi oleh pihak hospital..kepala sebelah kanannya yang pecah dengan darah masih meleleh keluar dari telinga kanannya dan mulutnya yang masih bersisa makanan.Tiada kecederaan langsung pada anggota lain kecuali di kepalanya saja…”ohhhh maafkan ibu nak!maafkan ibu nak, ” itu rintihan ibunya semasa melihat kami memandikan anaknya,mungkin ibu muda ini rasa bersalah dalam dirinya.

Jangan bagi airmata jatuh atas anak kamu, sakit dia nanti” pesan makcik yang memandikan jenazah itu(betul ke kata makcik ni?)….

Sebagai seorang ibu ,mama faham dan merasai derita ibu ini..bohonglah kalau kita tak merasinya..Mungkin pagi tadi mereka bersarapan bersama, tengharinya ibu dengan penuh kasih sayang dah siapkan makanan kegemaran anaknya… berangan untuk balik makan bersama seperti selalunya sambil berkongsi cerita tapi………. malangnya ajalnya tiba di atas jalanraya.Ingatkan cukup cuma dua, dia yang bongsu dahpun 8 tahun mungkin sukar untuk mengandung lagi di lewat usia 30an ini…..Tapi itulah perjalanan yang telah ditentukanNya.

Selesai dimandikan, dikafankan serta kemudian disembahyangkan ..jenazah dibawa keluar ke tanah perkuburan…hujan di luar masih renyai renyai.,seiring dengan juraian airmata ibu,ayah,nenek, saudara mara sahabat handai,cikgu serta kawan kawan yang melepaskan dia pergi.

Hari ini dia memang ramah luarbiasa,becok dia berseloro dengan kawan kawannya di kelas tadi “cikgunya bercerita.

Sebelum mama pulang tiba tiba datang seorang makcik menyerahkan beg plastik berisi kain batik kepada mama, “ambiklah ini pemberian keluarga arwah kerana tolong uruskan jenazah tadi“.

Terima kasih tapi biarlah saya sedekahkan barang ini kembali kepada keluarganya ” tolak mama secara baik.Harap mereka tak berkecil hati.Mama membantu bukan harapkan sesuatu…

Semoga kamu sejahtera di sana nak…..kerana mama yakin dengan janji Allah terhadap anak anak.