“Abah, jangan beli susu Dutch Lady tau..susu lain takapa”pesan Arif semalam, semasa abah nak mengambil mama pulang dari klinik.Dah dua hari mama asyik terlupa membeli susu untuk Arif yang suka minum bersama Honeystarnya.

Malangnya kedai sebelah klinik mama takbanyak pilihan susu segar di situ.Hanya susu Dutch Lady yang ada,yang lain dah abih stok.Haripun dah lewat malam.Jadi mama capai aje terus ke kaunter.Ustaz yang kebetulan ada di kaunter tersenyum melihat mama.”Tak ada pilihan ustaz”mama beralasan sambil membayar RM 7.50 untuk 6 kotak susu Dutch Lady low fat.Nyonya di kaunter tercengang heran.

Pagi ini sebelum ke sekolah,Arif enggan minum susu tu walaupun dipujuk.’Tak selera susu tu.Tapi lapar la mama”sambil menepuk perutnya ,Arif tiba tiba jadi tak suka minum susu feberetnya.”Ok mama buatkan nasi goreng telur nak?”Arif tersenyum kembali mengangguk setuju.

Semalam semasa balik dari sekolah Arif warning abahnya jangan isi minyak kat kedai minyak Shell lagi walaupun sebelum ini beria ia dia nakkan model kereta Ferari yang dipromosi di situ.Along yang nak isi minyak tempohari terpaksa buat U-turn mencari kedai minyak Shell kerana Ferari kecik tu…walaupun berderet Petronas,BP dan Caltex di sepanjang jalan itu.Tapi sekarang Arif dah taknak toleh tengok kedai minyak tu lagi.Benci dia tiba tiba pada produk Belanda tu.Ferraro Roche?Dove?Rexona?…

Penangan fitnah filem FITNA 15 mins short film made by Geert Wilders telah melanda hingga kepada kanak kanak sekolah.Ucapan maaf kerajaan Belanda terhadap kebiadaban(betul ke ejaan ni) politikus yang bernama Wilders ini belum mampu mengubah kemarahan umat Islam terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap agama Islam.Kenyataan pihak pengurusan Dutch Lady product yang kilangnya diPJ, Malaysia di dada akhbar semalam yang turut mengutuk film tersebut membuatkan mama berfikir sejenak.Rasionalkah kita bertindak demikian?Rasionalkah kalau pihak negara lain memboikot produk kita hanya kerana tindakkan nakal Dr. Azahari atau Noordin Mat Top yang mengebom Bali tempohari?….sebagaimana tidak rationalnya tindakkan Bush pada rakyat Iraq hanya kerana Saddam?

FITNA yang cuba difitnah oleh Wilder menerusi film itu sangat sangatlah memesongkan.Tindakan pelampau agama dijadikan alasan untuk menuding jari kepada agama Islam sebagai penyebab kepada perlakuan itu.Tapi itulah ‘kebolehan’ yang ada pada pembuat filem Barat yang digunakan untuk memusnahkan agama kita.mereka mengkaji dan mengorek isi alQuran.Mereka ambil sebahagiannya.. .terbukti paling berkesan kan?Tiba tiba film ini menjadi perhatian dan diintai untuk ditonton orang di seluruh dunia..kenapa?….filem kita? masih merewang dengan isu isu remeh cinta dan gaduh…Kenapa tak buat filem yang boleh menaikkan martabat Islam dimata dunia?Dah rimas melihat filem/drama kisah orang Islam yang berebut harta pusaka,hidup mewah membazir dan kisah cintan cintun yang tak berkesudahan.