berita hari ini:

KUALA LUMPUR: The Prime Minister’s Department and the Malaysian Missionary Foundation (Yadim) will try to assist former child mathematics genius Sufiah Yusof, now aged 23 and fending for herself as a prostitute in Salford, Manchester.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Dr Zahid Hamidi said they would help the gifted girl return to the right path through the “Save Sufiah Programme”.
“The first thing we should try to do is to contact her mother or arrange a meeting with Sufiah to find out the reason she turned to prostitution, offering her services through the Internet, using the name ‘Shilpa Lee’,” he said.

It was reported in the News of the World that Sufiah is now a $130 (RM821)-an-hour hooker operating from her dingy flat.

The “Save Sufiah Programme” is headed by Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Dr Mashitah Ibrahim who will come up with strategies to assist Sufiah.

Tiba tiba kerajaan kita begitu prihatin terhadap bukan warganegara kita yang genius bertukar hooker hingga sanggup membelanjakan wang dan tenaga yang banyak hanya untuk insan ini?Menteri wanita di JPM dah takada ke tugas yang lebih penting untuk negara hingga segala tenaganya terpaksa dikerah ke sana semata mata untuk membetulkan gadis ini.Apakah perlu mission khas atas nama negara, atas OGS untuk tujuan tersebut?

Apakah tidak ada individu atau kumpulan Islam di sana yang boleh mengambil tanggungjawab ini?Janganlah kita menjadi seperti menyusu kera di hutan sedangkan banyak lagi remaja di sini yang bermasaalah so’sial’ yang perlu dibetulkan.Nak nama atau nak glamer?

Membetulkan remaja yang dah ‘biasa’ dengan airberbuih memabukkan dan dah ‘ketagih’ nafsunya ini perlukan kesabaran…Apakah perlu gadis ini nanti di tempatkan di rumah perlindungan seperti gadis bermasaalah yang lain atau perlu diberi layanan 5 bintang atas alasan geniusnya dulu?Fikir fikirkanlah….banyak perkara yang dirasakan kurang relevan diutamakan oleh pemimpin kita.

Suatu ketika dahulu Ketua Puteri berhabis tenaga membawa balik seorang ibu Melayu dari Korea yang berkahwin dengan warga Korea untuk kembali ke sini selepas berpuluh tahun takbercakap Melayu ,Ibu yang sanggup meninggalkan anak yang masih kecil di Malaysia semata mata untuk mengikut kasih hatinya ke Korea…pun bukan sedikit publisiti yang diberikan untuk ibu ini diatas ‘pengorbanannya’ itu.Kesian melihat anak anak yang cuba berkomunikasi dengan ibunya yang dah lupa dengan bahasa Melayunya sendiri atau mungkin lupa agamanya dulu.Nampaknya kita dah semakin keliru membantu.

Masih ingat pada gadis yang diambil dari selatan Thai yang kononnya waris Mahsuri,dibawa oleh Menteri Pelancongan ketika itu dan gadis bertuah ini dimartabatkan sebagai keturunanMahsuri dan diberi keistimewaan luarbiasa termasuk biasiswa khas untuknya?Tapi bila mama baca sejarah Mahsuri tu mati dibunuh dan rasanya taksempat mengandungpun , jadi masa bila pulak dia ada keturunan?Atau hanya sekadar lagenda seperti Hang Too Wah lima bersaudara?