Maklong Nab pergi pada  usia 74 tahun, meninggalkan kami dengan kenangan indah untuk dikongsi bersama.

Emak masih  belum hilang sedihnya.Mereka memang rapat adik beradik..begitu juga mama ,kehadiran maklong sentiasa memberi kekuatan yang tak terlihat…Bila berkesempatan pulang bercuti mama sekeluarga dan adik adik  serta anak anak akan berrombongan ke rumahnya yang  agak sunyi dalam kebun getah di hujung kampung.Anak anak akan berebut mencari biji getah di sekitar  rumah Maklong…Kami akan bawakan lauk pauk untuk dimasak  beramai ramai sementara Maklong dengan senyum yang tak lekang dibibir akan memetik ulam ulaman disekeliling kampung,pucuk cemumark,pucuk paku,pucuk ubi..termasuk mencari rebung kegemaran mama..untuk dicicah dengan sambal belacan dan ikan tamban kering goreng serta gulai cair ikan kembung sudah kecur air liur dibuatnya…pastu maklong tak lupa memetik limau balinya yang manis berulas merah dicicah garam belacan(i.e kuah rojak) selepas itu.Maklong takpernah kedekut dengan rezekinya yang sedikit..Kehadiran anak anak mama selalu menjadi perhatiannya…terutamanya Along yang agak manja .

November sebelum kematian Tok,maklong menjadi penunggu setia, menjaga  emaknya bersama anak anak tok yang lain.Kini..Maklong pula pergi.

Gambar bawah:  Maklong Nab yang selalu tersenyum menunggu emaknya yang sakit..

long-jaga-tok.jpg

Semasa program sunathon berlangsung di tempat mama pada bulan Disember lepas; meriah keluarga dari Kedah termasuk maklong datang memberi sokongan .Inilah  kali terakhir maklong datang ke rumah…

Kelihatan maklong (berserkup biru),ayah,kakTam(my sepupu) dan Ida(my helper) membantu di dapur menyediakan juadah bihun goreng,pulut kuning dan gulai ayam serta rendang kicap daging untuk menyambut anak anak medic; kengkawan Along dari CUCMS sehari sebelum berlangsung sunathon.Maklong ceria sambil mengupas bawang walaupun pedih berair matanya tapi mengenangkan cucu saudaranya, Along gemarkan masakan ini maklong tak kering tangan membantu di dapur.

dsc02584.jpg

Maklong Nab (berserkup biru no3 dari kiri)) ramah melayan ibu angkat pelajar CUCMS di rumah mama.

dsc02638.jpg

Gambar bawah; Maklong (bertudung labuh hijau,4 dari kanan)memberi sokongan pada Mat Huzaid dan Aiman yang bersunat pada hari tersebut

matsunat.jpg

Kini maklong tiada lagi…Mama berpeluang memandikan jenazah Maklong untuk kali terakhir, menkafankannya serta mengiringinya hingga ke lianglahat.Zam menghantar maklong hingga ke dalam liang lahat.Kami pulang selepas selesai maklong ditalkinkan.Padamu…Maklong….. semoga bahagia di sana sehingga hari kebangkitan nanti .Pada anak anak, mama abadikan kisah maklong di sini supaya menjadi kenangan kepada keluarga kita hingga akhir hayat nanti.