mama renung lama lama wajah itu..pucat dengan mata tertutup rapat .mama tatap mukanya tenang ,ada sedikit tanda lebam di dadanya(mungkin kesan CPR )..terbaring kaku sekujur tubuh Maklong Nab di atas katil besi itu,emak saudara mama sebelah mak,satu satunya saudara perempuan mak…. pergi mengejut membuatkan emak longlai seketika.

Maafkan anak saudaramu ini maklong..genap sebulan yang lalu bila maklong dimasukkan kedalam wad akibat serang jantung mama tak sempat balik menziarahinya .Hanya telepon pada Kak Cik (Panggilan mama pada anak pempuan bungsunya yang bergelar ustazah) yang menemaninya dalam wad …bertanya kabar semasa maklong dirawat.Kabarnya maklong dah sihat..

Selama dua hari berturut turut sebelum kematian maklong, adik Zaharah dan emak menziarahinya……masih sihat. .Adik Zaharah dan emak yang pergi atas urusan pembahagian tanah pusaka masih ramah bercerita tentang jirannya mati mengejut akibat serangan jantung.Berhasrat nak buat umrah sekali lagi kalau tanah pusaka pemberian Tokwan di tepi PLUS tu laku dijual.Cuma adik Zaharah takperasan sangat kenapa cop jari MakLong takmau lekat dakwatnya di ibujarinya walaupun jenuh ditekan tekan atas stamp pad yang baru dibeli ayah tu berkali kali.Try jari mak.try jari Kakcik boleh pulak.

Tup tup pagi Isnin itu, 24hb Mac 2008 dalam sibuk mama melayan patient di klinik, adik Zaharah telepon mama, memaklumkan yang Maklong sedang menggeletar kesejukan di dalam wad .penat dan muntah muntah…katanya kena masuk Cardiac wad tapi entah kenapa di tempatkan di wad perubatan biasa…mungkin wad CICU sesak dengan patient fikir mama bersangka baik?Insyaallah segalanya mungkin akan ditangani dengan baik oleh doktor dan misi didalam wad…itu doa mama dan juga hasrat semua saudara mara.

Ini cerita Kakcik yang menjaga maklong sejak dimasukkan dalam wad.

Pagi tu selesai bersarapan maklong duduk diatas tangga dalam umahnya nun jauh di pendalaman.~40km dari spital..mengurut dada ;”penat”, katanya.Mengetahui yang emaknya ada penyakit jantung tanpa berlengah anak anaknya termasuk Kakcik terus kejarkannya ke kecemasan hospital yang terletak di depan jalan masuk ke kampung mama.

8.00pagi: di wad kecemasan

10 pagi :

maklong ditolak masuk ke wad perubatan biasa; ditempatkan di dalam bilik empat katil jauh dari misi.pakai nasal prong dengan drip di tangan.Penat,muntah banyak kali.Tekanan darahnya sangat rendah kata misi yang shif pagi.

4.00ptg:

doktor dalam wad datang melawat maklong(tengok bertapa bizinya doktor di wad ini?).Setelah doktor pergi, dipindahkan maklong dekat dengan kaunter misi.Di situpun Maklong masih gelisah dikatil…penat dan menggigil.KakCik yang taktau nakbuat apa cuba panggil misi dua tiga kali minta tengokkan keadaan emaknya yang masih menggigil kesejukkan..masih penat dalam oksigen yang dicekup ke mukanya,gelisah dan resah.Tanpa memandang kepada KakCik, misi berperut buncit itu dengan nada kurang ajar berkata ; “Tadi doktor dah tengok.Makcik tu memang ketegark (i.e degil) dah pakai oksijen tu nanti okey la!.Mai masuk sini kita bagi ubat bukan bagi racun!”.;tanpa senyum… kembali kepada kerjanya.Tak sudi dia untuk datang melihat maklong.

KakCik yang kesian tengok keadaan maknya kembali ke katil ..hopeless!sekadar berkata;”mak, mengucap mak kita mai sini nak berubat.Sabaq ya mak”Dua tiga makcik yang menunggu pesakit dikatil berdekatan kesiankan tengok keadaan maklong mula berkumpul membantu mengurut tangan ,badan dan kaki maklong..juga taktau nak buat apa…ada yang bagi minyak angin untuk cuba memanaskan badan maklong tetapi tidak berhasil…ohhh! di mana misi! dimana doktor!

Tiba tiba maklong menarik nafas yang panjang untuk kesekian kalinya dan terus diam…KakCik menjerit memanggil misi.Baru kalut misi dan doktor datang berlari..tapi untuk apa?mengejar apa?….

cerita mama:

6.15 ptg: mama masih di klinik bila dapat panggilan dari adik Zaharah, lemah bunyinya,”Long dah pengsan. Doktor dok hindik(buat CPR… ).kami semua dok tunggu ni….”.Panggilan putus tiba tiba.

6.30 ptg : “Long dah takdakkkkk huhuhu…tolong bagitau Rohaya ngan Zam”teresak-esak Adik Zaharah dihujung talian.Tiba -tiba airmata mama berderai lagi…

Malam itu mama sekeluarga bertolak pulang dalam renyai hujan meredah malam.Esok Angah dan Azim ada periksa…tapi takngapa kematian wajib diziarahi, periksa boleh berkali kali..mati hanya sekali.Terima kasih abah yang memahami.
Tertulis disijil mati sebab kematian:

NON STEMI (i.e Non ST Elevation Myocardial Infarction)

sijil dikeluarkan dari wad CCU ..tapi ngapa maklong hanya di tempatkan di wad biasa? Yang mungkin rawatannya pun  biasa biasa saja ?