Nampak gayanya keris yang telah dicabut dari sarungnya oleh Ketua Pemuda dengan penuh semangat pada perhimpunan  UMNO dulu telah membawa musibah.Keris itulah sekarang yang telah digunakan oleh ahli ahlinya untuk  cuba menikam sesama sendiri.Selepas negeri nun diutara;Singa Utara senyap setelah selesai isu perlantikkan MB kini tiba giliran Tranungkite pulak.Kemelut di negeri bermasjid kristal yang banyak cermin itu gagal untuk mencerminkan muka pemimpin negeri itu nampaknya.Apa dah jadi?Jangan jadi Luncai yang terjun dengan labunya kerana  ramai yang menunggu untuk melaungkan;’Biarkan!..biarkan..!

cantiknya masjid ini..

masjid-kristal.jpg

Apakah jalan musyawarrah sudah tiada lagi untuk menyelesaikan masaalah perlantikan ketua pemimpin negeri ini yang sedap keropok losongnya ini?

Apakah sejarah baru akan tercatit lagi?

*mama : sedap makan masak lemak cilipadi  gulai rebung pemberian Kak Yah tempohari .