“Ya Allah terima kasih kerana memberikan aku anggota badan yang punya kekuatan dan keupayaan”.Ada tangan yang boleh menyuapkan makan, ada kaki yang boleh diajak berjalan tanpa diajar bagaimana nak mengatur langkahnya.Ada pancaindera dan organ yang sistem nya berfungsi dengan automatik .Bayangkan tiba tiba nak bersin tak jadi..nak BO (b*r*k) takmau keluar.Naknafas tak boleh …ohhhh when you can’t breathe..lagi kalut ..lagi kelam kabut…..Jadi jangan lupa setiap hari berterima kasih atas kurniaanNya.

Pernah kita terfikir suatu masa kita rasa teramat sangat nak pergi ke tandas untuk kencing tiba tiba bila nak kencing airkencingnya tak boleh keluar?jenuh diteran hingga naik meremang bulu roma tapi tak setitispun mau keluar?Mau keluar peluh jantan(peluh betina takada ke?) dibuatnya!.Ini bukan main main ni ..mungkin boleh terjadi kepada kita,kamu atau mama(nauzubillah..)

Makcik berbadan gempal itu datang dengan kesakitan yang didiamkan mengadu sakit takdapat kencing dengan terasa ada macam ‘makhluk asing’ berada disitu menghalang kencingnya keluar.”Rasa macam bergigi tajam benda itu..eee takut makcik”

Mama dengan penuh rasa simpati(kan doc kena empati?) cuba membantu.Ni mesti kes koleksi kristal tak berharga yang dilombong dalam sistem kencing di badan kita.Dalam hati berdoa dipermudahkan urusan…Makcik tu baring dan mama dah bersedia dengan senjata yang perlu untuk konon -kononnya nak tarik makhluk asing tu keluar.Belum sempat mama berbuat apa -apa tiba ternampak benda ini ‘merangkak'(tergolek  keluar sebenarnya) keluar sendiri dari bukaan urethranya.Fuhh!legaaa.Begini rupanya…batukarang makcik tu.”Sebesar biji asam jawa” kata makcik tu ditunjukkan padanya.

Boleh teka batu karang jenis apa kalau begini rupanya?Calcium oxalate?-merupakan 80% batu karang yang terjadi hasil campuran dengan bahan kalsium dengan rupa bentuk bercabang dan tajam.Calcium phosphate?-10% batu karang yang terjadi akibat jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali.Asid urik? – akibat dari serangan gout.Atau Cystin?

dsc06581.jpg

dan amat rapuh sekali;

dsc06582.jpg