Trip ke Penang hujung minggu lalu mengumpulkan semua keluarga mama;ayah,mak adik Zaharah sekeluarga, Rohani sekeluarga dan Rohaya sekeluarga yang memang duduk di Penang kecuali Zam yang takdapat join.Tidor semalaman kat umah Rohaya;sibuk suaminya bercerita tentang kerajaan baru di Penang ;”no more overtime kecuali hari minggu”…Pagi tu rombongan kami pegi shopping kat Perangin Mall depan Komtar sebelum di maklumkan ada perhimpunan demo against kerajaan baru pasal DEB kat situ.Sib baik tak terperangkap dalam demo tu…Pastu bertolak ke Batu Feringgi untuk meneruskan cuti cuti Malaysia…..

Mula tu dah booking kat Holiday Inn..teruja nak duduk situ mengenangkan dekat ngan pantai dan bersebelahan dengan tempat mama nak berforum…minta bilik yang ada connecting door..tapi bila check-in katanya dah habis ditempah.Alasan bilik yang lain belum siap walaupun dah jam 3ptg menyebabkan kami terpaksa berhimpit dalam satu bilik saja.. bila masuk biliknya aircond tak berfungsi..bagitau pihak berkenaan nampak macam sibuk je ;maklumlah musim cuti-cuti gini mesti full biliknya kann…jenuh tunggu tak ada respon dari pihak pengurusan.Kesian pulak tengok anak anak dan anak saudara dah berpeluh peluh menunggu tak sabar nak terjun kolam mandi..Uish! takkan nak rosakkan percutian dengan keadaan begini…

Takleh jadi ni…Jadi mama ajak abah pergi cari hotel lain kot selesa sikit.Jumpa Bayview Beach Resort,yang terletak ditepi pantai gak..nasib baik ada lagi bilik Family Suite yang sesuai dengan kapasiti kami yang ramai tu.Kolam renangnya cantik mengadap pantai.Pokok kelapaknya dan pokok rhu pun banyak menjadikan suasana redup dan nyaman bila dapat baring lepak di atas kerusi malas dihembus angin laut. Macam kat Hawaii cuma takada penari dengan bunga malainya saja…ehehehe.Dah booking di sini tapi hanya boleh check-in jam 5ptg;alasan bilik sedang dikemaskan.Takpa mama nak pegi check-out di sana.

Bila mama nak check-out dari hotel yang kurang mesra pelanggan tadi barulah kelam kabut tanya nak tukar bilik ke …nak tu nak ni….tapi dah terlambat mama dah dapat tempat yang lebih baik..minta maaf ye.Mujur ler depa tak caj apa apa…Mama dah berangan nak bersantai di tepi pantai dengan hati yang damai.

“Takpa ke kami tak menganggu percutian hampa ka?'”tanya Adik Rohaya yang selalu “dok bayangkan tu..bayangkan ni.. ”

Ek eleh hangni… awat kata lagu tu..Kalau kami takmau diganggu mesti kami p bercuti di luarnegara .Takpayah sapa ikut.Pi pun berdua saja;tapii rasa macam tamak sangat habiskan duit tu hanya untuk 2 orang.Kan bagus kalau semua keluarga dapat berkumpul dan bersama sama menikmatinya.Merapatkan siratulrahim sesama adik beradik dan anak anak saudara kan?.

Hati mama rasa seronok bila tengok anak anak saudara; Akmal dan Aiman yang kecik tu siap ngan google nak nyelam kat kolam mandi kecik tu.