Semalam selepas balik berjoging ngan Angah,Abah bagitau tok ketua kampung dah turunkan papantanda ‘tok ketua’ yang terpampang depan pagar rumahnya.Walaupun MB baru masih belum dilantik dan taktau apa polisi barunya, tok ketua dah ambik langkah awal menurunkan papantanda itu sebelum di turunkan.Ahli Majlis Daerah,JKK, AJK surau dan masjid mungkin akan berubah keahlian .Tak mustahil Hang Jer Bat,Hang Too Wah atau Hang Lee Kiew akan memegang jawatan itu selepas ini.Kita tunggu dan lihat.Ini proses adaptasi dengan suasana baru.(mama pun tak faham macamana tiba -tiba PAS boleh tidor sebantal dengan DAP dan PKR selepas PRU12,sedangkan sebelum ini nak minum seteko ngan UMNO pun tak boleh?.Adakah atas alasan politik semuanya di bolehkan kecuali dengan Melayu UMNO?)

Penang dah mansuh DEB,koata 5% peruntukan perumahan untuk bumi dimansuhkan..semua disamaratakan.Entahlah..kalau 5%dulu tupun takmampu nak beli taktau la camna.Hakikatnya dari segi ekonomi kita belum mampu bersaing terutamanya dalam bidang perniagaan.Melayu hanya menjadi tuan di pasar malam, digerai gerai di tepi jalan.Bila tempat itu dibangunkan; berderet kedai didirikan kita tak mampu memilikinya..so kita akan dihantar nun dihujung jalan yang pastinya tidak mengganggu lalulintas.. termasuk pelanggan..Last last terpaksa tido tangan letak atas dahi!

Mungkin dengan perubahan ini dayasaing kita dalam perniagaan akan lebih tinggi,tongkat yang diberi selama ini telah disentap kembali..cobalah untuk berjalan sendiri.Dan mungkin sikap kita akan berubah menjadi Melayu baru?Tanpa tongkat, tanpa lorong kecemasan, tanpa tiket percuma….

Hujung minggu ini mama akan buat kunjungan hormat ke P.Pinang…ehehe bukan nya nak jumpa pak Ketua Menteri ; (uish!Mr Lim musti bizi ngan polisi barunya..)..mama nak attend satu forum anjuran Malaysia National Heart Association ” Future Forum Malaysia 2008″(not a political forum walaupun bunyinya gitu kan??) kat Parkroyal Penang selama dua hari di sana..sambil tu nak nyelam tapi takmau minum air ler..berhasrat nak merasa angin baru di sana camna…nak lepak lepak tepi pantai ngan famili…tapi tak mau mandi kat laut tau..phobia tsunami 2004 masih diingatan ditambah ngan tsunami PRU12.

Malam esok lepas kerja mama akan bertolak ke sana…Along tumpang sekaki ..mungkin famili dari utagha akan datang juga.Mak,ayah,adik Z, Che Rohani dan keluarga depa.Tentu meriah umah hang Che Rohaya noooo.Pssst…Che Rohaya,nak minta tolong sikit….hang cek betui betui ngan jabatan kajicuaca pastikan takda gegaran dalam tempoh percutian mama nanti..Dan satu lagi Ustaz M, jangan dok pangge ceq mai bagi ceramah last minute noo..Nak cuti..nak cuti..