Tiba tiba mama rasa ingin menulis lagi…keputusan pilihanraya telah mengubah sejarah politik Malaysia sejak 40 tahun lalu.Macam keputusan 1969.Mama percaya tiada siapa yang menjangkakan keputusan akan berlaku sebegini samaada dipihak pembangkang maupun dipihak parti pemerintah.Masing masing terkejut beruk!parti kerajaan yang terlalu over konfiden terpaksa tangguhkan dulu sambutan kemenangan sementara pihak pembangkang pulak tak menjangkakan dapat membolot sebanyak itu!Jadi isu ketelusan SPR tak perlu dipertikaikan .Kalau rakyat kata tukar maka kenalah tukar.Itu hak mereka…dan termakhbullah doa TGNA yang sebahagiannya berbunyi begini semasa bermunajat dalam deraian airmata kepada Allah;

“Wahai Tuhan sama ada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana Kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.”


Banyak kejutan berlaku..kejutan lebih mengejutkan bila ada veteren politik terpaksa diber’sara’kan …Tapi itu masaalah peribadi mereka.Yang di risaukan bila Penang dah jatuh secara total kepada DAP, Perak pun ditakuti menjadi Penang.. apakah MBnya bakal dipimpin oleh DAP? harap kabar angin yang mengatakan bakal MB Perak dari PAS menjadi kenyataan.Begitu juga Selangor.Kelantan dan Kedah takpa la masih kita yang bernama Melayu jadi MB…

Apapun harapan mama sebagai rakyat; pakatan Barisan Alternatif tidak mensia siakan rakyat yang mengundi mereka.Manifesto yang dilaungkan untuk kebajikan rakyat dikotakan dan keadilan disamaratakan serta yang penting hak kaum Bumi tidak dipersiakan.

lebih mudah untuk cemerlang setelah gagal berbanding mengekalkan kegemilangan berterusan.