sand_write_oe.jpgstone-carving.jpg

Yang mana lebih mudah; menulis diatas pasir atau memahat diatas batu?…..

Kawan?sahabat?rakan? Mana yang kita ada dan apa bezanya ?…Pernahkah kita rasa terluka dan rasa dilukai oleh perbuatan kawan atau sahabat kita?Atau tanpa kita sedar kita melukai perasaan sahabat kita ?…ini cerita motivasi yang boleh di kongsi bersama;

Dua orang sahabat karib si A dan B sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B terasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas.

Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir : “Hari ini sahabat baik ku telah menampar mukaku“. Kemudian mereka meneruskan perjalanan sehingga mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mula sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia mengukir di atas sebuah batu : “Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku”.

A bertanya : “Kenapa setelah aku menamparmu tempohari, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang, kenapa pula kau menulis di atas batu?” Sambil tersenyum, B berkata “Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulis di atas pasir supaya angin maaf yang sentiasa datang menghembus akan menghapuskan tulisan itu dan kita dapat melupakannya. Tetapi apabila sesuatu kebaikan yang sahabat kita lakukan terhadap kita , kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu dan kita sentiasa mengingatinya.”

Moral cerita, dalam kehidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza. Oleh itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir dan memahat kebaikan diatas batu nescaya hati kita akan sentiasa tenang dalam persahabatan.

DO NOT VALUE THE THINGS YOU HAVE IN YOUR LIFE,

BUT VALUE WHO YOU HAVE IN YOUR LIFE!